Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Selebriti Ganding Bahu Banteras...

KUALA LUMPUR - Seramai hampir 20 selebriti tanah air telah hadir ke majlis...

Pemandu Bas Ekspres Ditahan...

Melaka : Seorang pemandu bas ekspres ditahan dipercayai positif dadah jenis ganja dalam...

Lembah Klang, Beberapa Negeri...

Gangguan bekalan elektrik berlaku di beberapa negeri dan Lembah Klang hari ini.Ikuti Mynewshub: TelegramTenaga...

2 Pelajar Sekolah Tunas...

BUTTERWORTH - Dua pelajar lelaki Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar, di sini...

Wang Jianlin: Bekas Tentera Pemilik Dalian Wanda Group

WANG Jianlin, antara lelaki terkaya di China pengasas Dalian Wanda Group, pemaju dan pemilik hartanah terbesar China dan pengendali rangkaian sosial terbesar di dunia.

Bekas tentera yang mempunyai pengalaman dalam bidang politik menjadi satu kelebihan Wang untuk berkecimpung dalam bisnes. Wang pernah menjadi konsultan ekonomi di Wilayah Yunnan juga dalam bidang pembinaan untuk kerajaan Guiyang.

Pernah dinobatkan sebagai ‘Honorable Citizen of Changchun City’ dan ‘Outstanding Contributor’ dalam membina Dailan City, usaha Wang tidak pernah terhenti selepas berjaya dalam bidang hartanah yang diceburinya.

Semestinya, jiwa tentera masih lagi menebal dalam dirinya. Wang telah menguatkuasakan peraturan yang dikenali sebagai ‘Iron Discipline’. Antara yang dikuatkuasakaan adalah denda bagi pekerja yang tidak menepati kod pakaian yang ditetapkan.

Wang memiliki Wanda Cinema, Kumpulan Hoyts dan sebahagian majoriti AMC Theaters. Pada Januari 2016, Wang membeli saham syarikat produksi L.A., Lagendary Entertainment dan pada 2012 dia mengmbil alih rangkaian perfileman U.S AMC Theatre.

Semasa lawatannya pada Oktober 2016 di Los Angeles, Wang mengumumkan penawaran rebat pengeluaran sebanyak 40 peratus untuk filem dan rancangan televisyen bertempat di mega studio barunya di Qingdao.


Pada Mei lalu, Wang melancarkan taman tema Wanda City di Nanchang dan merancang untuk mewujudkan 15 taman tema di China dan 5 di luar negara. Seterusnya dalam bulan September, Wanda Group telah memulakan projek pembinaan bangunan 95 tingkat di Chicago bernilai RM3.6 bilion yang akan menjadi bangunan ketiga tertinggi di sana.

Wanda Group menduduki tempat ke-385 dalam senarai 500 Global Fortune 2015. Kumpulan industri budaya Wanda Group adalah perusahaan budaya terbesar China dengan pendapatan tahunan hampir RM40.4 bilion pada 2016.

Oleh : Amira-0803

#laskarmalaya

Kategori