KETIKA Amerika Syarikat (AS) meraikan Hari Kemerdekaan ke-241 yang turut dikenali sebagai `Fourth of July’, ada juga rakyatnya sengaja mencari pasal dengan hina bendera negara itu.
Emily Lance, dari Philadelphia, telah memuat naik video ke dalam Facebook di mana dia kencing di atas bendera negaranya sendiri. Dia meletakkan bendera itu di dalam mangkuk tandas.
Sebaik sahaja dia berbuat demikian, Lance telah dikecam teruk hinggakan ada yang menawarkan bayaran kira-kira RM16,000 untuk kepalanya.
Bodohnya si Lance ini, dia menggunakan hujah bahawa perbuatannya itu adalah berdasarkan kepada kebebasan bersuara dan dengan itu dia boleh melakukan apa-apa selagi tidak mencederakan sesiapapun secara fizikal.
Lance turut mempersoalkan apa salahnya dia berbuat demikian.
Namun selepas menerima ugutan berkenaan, entri terbabit telah dipadamkan dan dia juga terpaksa merayu kepada orang ramai supaya berhenti menjadikan bapanya sebagai sasaran.
Dia memaklumkan bahawa bapanya telah menghubunginya dan memberitahu bahawa lelaki itu dan tempat kerjanya menjadi sasaran, angkara perbuatan anaknya. – MYNEWSHUB.CC