Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dua Isteri Bekas Jurulatih...

SHAH ALAM – Dua wanita dipercayai isteri kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan...

Tak Sempat Seludup 1.9...

BANGKOK - Tentera Thailand menembak mati lima penyeludup dadah dan merampas 1.9 juta...

Australia Akan Tolak Permohonan...

KERAJAAN Australia akan menolak permohonan Malaysia untuk membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas...

Klip Video: Penyanyi Rap...

GEORGE TOWN - Seorang penyanyi rap kontroversi ditahan reman selama empat hari bermula...

Wanita Sakit Mental Dipukul Sampai Maut

SEORANG wanita yang mengalami masalah mental, maut selepas dipukul dan dibogelkan tanpa belas ihsan oleh orang ramai setelah dia didakwa cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Wanita itu, Otera Bibi, 42, menetap bersama ibu bapanya di sebuah kampung di India. Dia sering merayau-rayau di sekitar kampung.

Pada hari kejadian, Otera masuk ke dalam sebuah pondok kayu dan dia dipukul serta diikat pada traktor selama tiga jam kerana dikatakan mahu menculik kanak-kanak itu yang berada di dalam pondok terbabit.

Wanita Sakit Mental Dipukul Sampai Maut

Otera juga telah dipukul dengan kayu dan dibaling batu. Rambutnya turut dicukur dan bajunya ditarik oleh sekumpulan penduduk.

Ketika itu Otera cuba berkata-kata namun pertuturannya tidak difahami oleh orang ramai. Polis yang tiba di situ, telah membawanya ke hospital namun dia meninggal dunia akibat kecederaan parah.


Siasatan kini dijalankan dengan kematiannya disiasat sebagai kes bunuh. Beberapa penduduk telah ditangkap namun setakat ini tiada yang didakwa.

Penduduk percaya Otera adalah penculik kanak-kanak susulan satu insiden bulan lepas di mana seorang kanak-kanak telah hilang.

Dalam pada itu, suami Otera berkata, mereka sekeluarga tidak berasa bimbang apabila Otera keluar rumah pada mulanya kerana dia sering merayau-rayau selama sehari atau dua hari. – MYNEWSHUB.CC

Kategori