Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemimpin G7 Ikrar Pastikan...

BRUSSELS - Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) negara pada Khamis mengecam operasi ketenteraan khas...

Wanita Abai Kanak-Kanak Didenda...

KUALA PILAH - Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini menjatuhi hukuman denda RM10,000...

Pembangkang Saling Bercakaran Sesama...

MARUDI - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek...

Ribut Di Gua Musang,18...

GUA MUSANG - Sejumlah 18 bangunan termasuk rumah dan bengkel kenderaan di Taman...

Wilayah Gansu Mahu Penerbangan KL-Lanzhou

LANZHOU – Wilayah Gansu telah meminta penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Lanzhou bagi memudahkan perdagangan antara wilayah tersebut dengan Malaysia.

Permintaan itu telah dibuat oleh Naib Gabenor Jawatankuasa Wilayah Gansu, Song Liang kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Pada masa sekarang, penerbangan sedemikian belum ada lagi.

“Penerbangan terus dari Kuala Lumpur mampu meningkatkan pertukaran perdagangan antara Wilayah Gansu dan Malaysia dengan memanfaatkan Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI),”‘ kata Song semasa berucap pada Persidangan Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi Malaysia-China (Gansu) di sini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Ir Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros, CEO Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Datuk Azman Mahmud dan Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Dr Lim Weng Soon.

Persidangan itu bertemakan ‘Bersama-sama Memajukan Inisiatif Jalur dan Jalan Ke Arah Mengalakkan Kerjasama Bagi Kebaikan Bersama’, yang diadakan bersempena dengan Pameran Perdagangan dan Pelaburan China Lanzhou ke-23 yang bermula hari ini hingga 9 Julai.


Ong, yang sedang dalam lawatan kerja ke wilayah berkenaan telah ditemui Bernama, menyambut baik idea tersebut dan akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi membincangkan permintaan Gansu.

” Mereka berminat agar Malaysia Airlines atau AirAsia terbang ke Lanzhou dari Kuala Lumpur.

“Ini adalah idea yang sangat baik memandangkan Lanzhou amat berpotensi untuk perdagangan serta peluang perniagaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori