Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Puteri Astrid Kunjungi Datuk...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat...

Lelaki Didenda RM1,700 Memandu...

IPOH - Mahkamah Majistret Ipoh hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,700 atau penjara...

Juruterbang Digantung Tugas, Aksi...

TERIMA padah. Seorang juruterbang British Airways (BA) telah digantung tugas selepas gambar-gambar yang memaparkan...

Stor Simpan Barangan Plastik...

KUALA LUMPUR - Sebuah stor menyimpan barangan plastik paip polivinil klorida (PVC) berhampiran...

Zahid Nafi Hentikan Permit Untuk Rakyat Korea Utara

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan agensi berita Jepun bahawa konon Malaysia telah menghentikan pengeluaran permit kerja untuk warga Korea Utara.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata tiada sebarang arahan dikeluarkan berhubung perkara itu.

“Berita itu adalah tidak benar dan tiada sebarang arahan dikeluarkan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Sri Satria, di sini hari ini.

Pada Khamis lepas, sebuah agensi berita Jepun, Kyodo News, melaporkan Malaysia menghentikan pengeluaran permit kerja untuk warga Korea Utara, susulan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu, Kim Jong Un.

Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di Sepang, Selangor ketika menunggu penerbangan ke Macau, China pada 13 Februari lepas. – BERNAMA

Kategori