Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Ahmad Bashah Nafi Beliau...

ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah...

Peguam Tawar Khidmat Sukarela...

PETALING JAYA ā€“ Sebuah firma guaman, Managing Partner of Thomas Philip menawarkan khidmat...

Bajet 2018 Lambang Prihatin...

BERA ā€“ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

Penjawat Awam Dapat RM500...

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada hampir...

Zika: Thailand Sahkan 11 Kes Baharu

BANGKOK – Thailand mencatat 11 kes baharu jangkitan Zika yang dilaporkan berlaku di wilayah Phichit manakala 27 yang lain kini dipantau untuk pengesahan jangkitan virus itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Gabenor Wilayah Phichit, Wirasak Wichitsaengsi berkata keputusan ujian makmal mengesahkan terdapat 11 jangkitan Zika sejak Sabtu lalu dan kesemua mereka yang dijangkiti virus itu sedang menerima rawatan.

Pasukan khas telah dihantar untuk menghapuskan nyamuk di wilayah tersebut bagi membasmi penularan virus itu.

Zika merupakan virus bawaan nyamuk Aedes aegypti, yang boleh menyebabkan kecacatan kelahiran bagi wanita hamil.

Wirasak meminta penduduk di kawasan itu tidak cemas memandangkan terdapat beberapa kes jangkitan Zika yang pernah berlaku di Chaiyaphum, Ubon Ratchathani dan Nong Khai sebelum ini.


Beliau juga menggesa penduduk yang mengalami demam panas atau simptom berkaitan, melakukan ujian darah di hospital. – BERNAMA

Kategori