Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pahang Bakal Guna Nombor...

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang bakal memperkenalkan penggunaan siri nombor pendaftaran kenderaan khas...

Parlimen: Pantun Sinis Noh...

KUALA LUMPUR - Selepas digantung selama tiga hari daripada menghadiri sidangan Dewan Rakyat...

X-Factor New Zealand Umum...

Isu juri program realiti X-Factor New Zealand yang mengeluarkan kritikan kontroversi baru-baru ini...

Kehilangan MH370 Sejak 4...

KEHILANGAN pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak empat tahun lepas masih kekal misteri dengan...

1MDB Dapat Lanjutan Tempoh Bayar IPIC

BANGI – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah diberi lanjutan tempoh bagi menyelesaikan isu pembayaran dengan pihak International Petroleum Investment Co (IPIC), kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

“Kita meminta lanjutan tempoh yang telah mereka persetujui dan apabila tiba masanya (kelak), kita akan membuat pembayaran itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Semakan Harga Rumah Untuk Penjawat Awam, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi 1MDB berkata syarikat pelaburan strategik itu juga akan menandatangani satu lagi perjanjian membabitkan lanjutan tempoh pembayaran kepada IPIC.

“Kita masih berbincang dengan IPIC mengenai jadual pembayaran itu. Kita akan bayar kepada IPIC,” katanya.

Menjawab pertanyaan mengenai punca kelewatan itu, Mohd Irwan menjelaskan : “Ia (memakan masa) kerana proses penjualan unit-unit selain keperluan memenuhi beberapa syarat dan sebagainya.

“Kita perlu patuhi kesemua ini. Ia akan memakan masa yang kita tidak jangkakan. Oleh itu, semua ini akan diselesaikan.”


1MDB sebelum ini telah mengemukakan makluman bertulis kepada syarikat Abu Dhabi itu mengenai pembayaran yang dijadualkan pada 31 Julai, 2017, sebaliknya akan dibuat pada Ogos 2017 kerana masih menunggu dana yang sepatutnya.

Laporan sebelum ini menyatakan pembayaran sebanyak US$603 juta (kira-kira RM2.58 bilion) daripada 1MDB kepada IPIC, adalah sebahagian daripada penyelesaian membabitkan pertikaian hutang. – BERNAMA

Kategori