Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

FIFA Kutuk Komen Maradona

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengutuk komen yang dikeluarkan Diego Maradona selepas legenda bola...

Mahathir Zalim Punca Mufti...

BONGKAR... Mufti di negara ini tidak bersuara halang tragedi Memali 1985 kerana berlaku...

Penganggur Dipenjara 3 Bulan...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh...

Demo Duduk Sampai Maszlee...

NEKAD... Empat siswa tekad ‘demo duduk’ di hadapan Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari...

2 Atlet Karate Negara Hadiah 2 Emas Lagi

KUALA LUMPUR – Karate tampak bakal melepasi sasaran enam pingat emas yang diintai pada temasya Sukan SEA 2017 ini apabila menambah dua lagi emas acara kumite hari ini.

Dengan emas dari acara kata lelaki dan wanita bakal berlangsung esok, sukan karate kini berada di landasan terbaik untuk menyumbang tujuh pingat emas yang disasarkan.

Terbaharu dua wakil acara kumite yang melangkah ke final hari ini, menceriakan kem Malaysia apabila memenangi emas dalam kategori berat disertai masing-masing.

Mula-mula, giliran Syakilla Salni Jefry Krisnan (gambar atas) memenangi emas kumite bawah 55 kilogram setelah menewaskan atlet Vietnam, Trang Can Lanh dengan 3-0.

Kemudian, R. Sharmendran pula mencatat kemenangan mudah 8-0 juga ke atas wakil dari Vietnam, Chu Duc Thinh dalam kategori bawah 75 kilogram.

Malah atlet karate Malaysia turut meraih tiga gangsa pada saingan hari ini dalam acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.


Antaranya S. Prem Kumar yang memenangi gangsa dalam kumite lelaki bawah 55 kilogram selepas menundukkan wakil Laos, Lasasima Phonepaseuth.

Juga M. Mathivani yang berjaya memenangi gangsa kedua kategori bawah 68 kilogram selepas menewaskan peserta dari Filipina, Miyuki Tacay 4-0.

Manakala M. Somanroy melengkapkan saingan repechage dalam kategori 75 kilogram selepas menundukkan wakil Myanmar, Khin Nyunt 4-2. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori