Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Ucap Selamat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Lama ‘Hilang’, Instagram Zul...

SETELAH beberapa lama berdiam diri tanpa sebarang cerita, aktor kacak Zul Ariffin nampaknya...

“Ada Tak Orang Nak...

DI KALA kanak-kanak sebaya bergembira dengan dunia mereka, seorang gadis kecil terpaksa memikul tanggung...

2 Lelaki Ditahan Seleweng...

Padawan : Dua lelaki tempatan ditahan ketika melakukan pemindahan 18,700 liter diesel daripada...

2 Ditahan Susulan Skandal Telur Tercemar Di Eropah

BRUSSELS – Penyiasat Belanda menahan dua suspek semalam dalam siasatan yang semakin memuncak mengenai telur dicemari racun serangga, ketika skandal itu merebak ke timur Eropah dengan penemuan satu tan telur kuning tercemar di Romania.

Skandal yang menyaksikan telur ditarik balik dari pasaran seluruh Eropah sudah tiba di Luxembourg, manakala Britain berkata ia mengimport 700,000 telur dari ladang di Belanda yang dikaitkan dengan kebimbangan berhubung pencemaran fipronil, jauh lebih banyak berbanding sangkaan awal.

Fipronil biasanya digunakan untuk menghapuskan hama dan kutu pada haiwan tetapi dilarang penggunaannya oleh Kesatuan Eropah dalam industri makanan.

Ia membahayakan buah pinggang manusia, hati dan kelenjar tiroid.

Dengan persoalan mengenai bagaimana pencemaran berlaku dan sama ada pengguna tidak dimaklumkan, tekanan semakin memuncak ke atas dua negara yang menjadi tumpuan skandal iaitu Belanda dan Belgium.


Dalam serbuan bersama Belgium, pendakwa raya Belanda berkata mereka menahan ‘dua pengurus syarikat yang didakwa menggunakan bahan itu di ladang ternakan ayam’ dengan media Belanda menamakan syarikat suspek sebagai Chickfriend.

Peladang di Belanda, antara pengeksport telur terbesar Eropah dan Belgium, sebelum ini mengenal pasti Chickfriend sebagai syarikat yang diupah merawat ayam mereka untuk memusnahkan parasit. – AFP/BH ONLINE

Kategori