ROMELU Lukaku menjaringkan gol dalam kemunculan pertamanya buat Manchester United dengan kemenangan selesa 4-0 ke atas West Ham di Old Trafford, awal pagi Isnin.
Dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris itu, Lukaku melakukan dua jaringan pada minit ke-33 dan 52′.
Lukaku menyertai Manchester United pada musim panas ini dengan bayaran yang boleh mencecah sehingga ÂŁ90 juta (RM502.9 juta).
Pemain kelahiran Belgium itu hanya mengambil masa 35 minit untuk memberikan gol pembukaan buat Manchester United.
Dua lagi jaringan dicatatkan oleh Anthony Martial dan Paul Pogba, masing-masing pada minit ke-87 dan 90′. – eurosport/myMetro Online