Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Muhammad Irfan Perbaharui Rekod...

KUALA LUMPUR - Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin memperbaharui rekod kebangsaan...

Hamil 3 Bulan, Linda...

TIADA angin, tiada ribut pasangan yang tidak pernah digosipkan dengan sebarang masalah rumah tangga,...

Tingkat Disiplin Diri, Patuhi...

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari keenam hari ini,...

30,000 Protes Keganasan Terhadap...

LEBIH 30,000 orang mengambil bahagian dalam protes terhadap keganasan terhadap wanita di Dataran...

2 Kemenangan Sepak Takraw Cerahkan Peluang Raih Emas

KUALA LUMPUR – Kemenangan pasukan sepak takraw negara ke atas Kemboja dan Filipina dalam acara beregu lelaki pada hari ini mencerahkan peluang Malaysia untuk meraih emas dalam acara itu di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Pada perlawanan pertama di sebelah petang, anak buah Abd Talib Ahmad tidak menghadapi masalah untuk menewaskan beregu Kemboja straight set 21-8, 21-13 untuk mengutip dua mata berharga.

Bersambung pada aksi kedua di sebelah malam menentang Filipina, perejam negara, Muhammad Kamal Ishak beraksi cemerlang untuk menewaskan pasangan itu 21-10 pada set pertama.

Set kedua menyaksikan Filipina cuba untuk mengheret perlawanan ke set penentuan dan usaha keras mereka itu berhasil apabila skuad negara tewas 17-21.

Set ketiga berlangsung penuh debar apabila kedua-dua pasukan saling berkejaran mata namun skuad negara nyata lebih tenang untuk memanfaatkan peluang yang terhidang untuk menang 21-17 dan mengumpul empat mata.

Malaysia perlu menang baki dua lagi perlawanan bertemu Myanmar pada esok dan Laos pada Ahad untuk mengesahkan pingat emas.

Sementara itu, pesaing utama, Myanmar mengumpul dua mata hasil kemenangan dengan Filipina mempunyai baki tiga lagi perlawanan pada kejohanan yang menggunakan format round robin.


Sebanyak lima negara menyertai acara berkenaan iaitu Malaysia, Filipina, Myanmar, Laos dan Kemboja.

Jurulatih negara, Abd Talib berkata anak didiknya telah melepasi ujian pertama namun ujian yang lebih getir menanti apabila akan bertemu Myanmar dan perlu melakar kejayaan seandainya mahu mencipta kejutan meraih emas.

“Kita semua tahu dan telah saksikan bagaimana prestasi Myanmar pada kejohanan kali ini dan mereka bukannya calang-calang pasukan dan merupakan pasukan handal.

Tetapi kami akan tetap berusaha untuk menewaskan Myanmar dan seterusnya Laos. Apa yang penting adalah untuk kami selesaikan satu tugasan dahulu selepas itu baru kita fikir lawan yang seterusnya (Laos),” katanya kepada Bernama selepas perlawanan itu. – BERNAMA

Kategori