Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Cardiff City Tawar Peluang...

ALOR SETAR - Cardiff City Football Club (CCFC), yang berpangkalan di Wales, mengumumkan...

AS Laksana Sekatan Ke...

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas tiga firma di Malaysia dan...

Koepka Pemain Terbaik Jelajah...

MIAMI, Amerika Syarikat - Brooks Koepka, juara Terbuka AS dan Kejuaraan PGA tahun...

Sabah Juara Piala Agong...

KUALA LUMPUR - Juara empat kali, Sabah muncul juara Ragbi Piala Agong 2018...

2018 Diistihar Tahun Memperkasakan Wanita

PUTRAJAYA – Tahun 2018 diisytiharkan sebagai Tahun Memperkasakan Wanita bagi mengurangkan kemiskinan serta meningkatkan kesejahteraan keluarga, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata pelbagai program dan usaha akan diwujudkan untuk membangunkan dan memperkasakan usahawan wanita khususnya suri rumah, ibu tunggal dan wanita secara amnya yang layak di bawah kategori kumpulan berpendapatan terendah (B40)

Katanya kerajaan telah melaksanakan pelbagai program pemerkasaan ekonomi dan pembasmian kemiskinan seperti program Pembangunan Inisiatif Keusahawanan Wanita (DeWI), Bazar Wanita Laman Wanita (LaWa), Program 1Azam, dan Program keusahawanan Dasar Keluar Dua Tahun (2YEP) yang terus memberi perhatian kepada bantuan kebajikan secara langsung, serta penyediaan kemudahan bagi memperbaiki diri dan berupaya keluar dari putaran kemiskinan.

“Salah satu syor yang dicadangkan adalah usaha membantu golongan ini haruslah difokuskan ke arah meningkatkan pendapatan mereka, dan bagi golongan yang mempunyai minat keusahawan, bantuan dan latihan untuk berniaga boleh disalurkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM) – L’OREAL: “Women In Business” di sini hari ini.

Rohani juga berkata tanggapan terhadap golongan ibu tunggal, yang merupakan kumpulan sasar  utama  dalam projek keusahawanan, kononnya mereka  sering  gagal  dalam  bidang  keusahawanan  perlu dikikis.

Beliau berkata 85,204 orang ibu tunggal berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sehingga bulan Jun ini.


“Saya akan meminta pegawai saya untuk mengkategorikan ibu-ibu tunggal mengikut umur dan kemahiran masing-masing agar dapat menyediakan program-program mengikut kesesuaian bakat, mereka mereka boleh menggunakan bakat mereka dalam memulakan perniagaan atau dalam penambahbaikan perniagaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata program yang diinisiatifkan oleh NAWEM dengan kerjasama strategik bersama L’OREAL Malaysia umpamanya amat bertepatan kerana ia akan membantu golongan wanita khususnya yang berada di kategori B40 menjana pendapatan melalui penjualan produk-produk L’OREAL.

“Melalui jalinan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan, para wanita dapat mengenal pasti jenis bantuan yang bersesuaian dengan perniagaan mereka bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, Rohani dalam ucapan perasmiannya berkata Sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan yang kebiasaannya disambut pada 25 Ogos setiap tahun dianjakkan kepada 4 Sept ini bagi memberi laluan kepada Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan. – BERNAMA

Kategori