Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sering Share Gambar ‘Sweet’...

KEPUTUSAN untuk berkahwin semula dengan Eddie selepas bercerai kali pertama dahulu, ternyata memberi sinar...

Ahmad Zahid Nafi Terima...

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dihadapkan ke...

Keputusan SPM Ulangan 2018...

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2018 akan dikeluarkan pada...

Jeed Dinobat Ikon Siarawan,...

PROGRAM pencarian bakat dalam bidang penyiaran, Ikon Siarawan 2016 melabuhkan tirainya semalam dengan...

3 Individu Sekali Lagi Ke SPRM Berkaitan FIC

PUTRAJAYA – Pengarah Felda Investment Corporation (FIC) dan dua bekas ahli lembaga pengarah syarikat itu sekali lagi hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel oleh FIC di Kensington, London.

Menurut sumber SPRM ketiga-tiga mereka hadir secara berasingan untuk memberi keterangan masing-masing.

Dua daripada mereka memberi keterangan kepada SPRM pada Selasa lalu manakala seorang lagi semalam, kata sumber itu.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC selepas dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.


FIC dilaporkan membayar STG60 juta (RM330 juta) untuk sebuah hotel empat bintang di Kensington, London pada 16 Dis 2014. -BERNAMA

Kategori