SERING kali kita dengar tentang kemalangan dan kisah misteri yang berlaku di kawasan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2). Namun setiap apa yang terjadi sudah ditentukan oleh Illahi.
Seorang pengguna Facebook bernama Muhir Rashid telah berkongsi ‘kejadian hitam’nya yang kemalangan dekat LPT 2, jam 9:40 malam semalam.
Ketika kejadian, Muhin bersama rakannya yang memandu kereta Produa Alza, sedang dalam perjalanan pulang ke ibu kota dari Kuala Terengganu. Apabila mereka sampai dekat kawasan Rasau, kereta mereka tiba-tiba terlanggar sebuah objek yang kelihatan melintang dekat tengah jalan tersebut.
Kereta yang mereka naiki kemudiannya hilang kawalan dan mereka bernasib baik kerana Muhin dapat mengawal kenderaan itu dan kereta dapat diberhentikan.
Seram punya pasal, mereka berdua telah keluar dari kenderaan untuk melihat keadaan kereta dan mengetahui apakah objek tersebut.
Namun tak lama selepas itu, sebuah lagi kereta yang tak sengaja telah melanggar objek yang sama. Pemandu kereta itu hampir terbabas namun dia sempat mengawal kenderaannya semula. Kereta itu berhenti betul-betul di belakang kenderan mereka berdua. Syukur tiada sesiapa tercedera.
Misteri tak terhenti di situ sahaja. Tiba-tiba sebuah lagi kenderaan Mazda juga mengalami kejadian yang sama. Berderau darah semua yang berada dekat tempat kejadian bila Mazda tersebut membunyikan hon panjang seperti memberi amaran supaya mereka beralih dari situ.
Mana tidaknya, siapa yang tak ‘layan’ bila lalu lebuhraya lurus dan lengang tak banyak kereta kan. Mesti laju je memecut kan…
Semua ‘mangsa’ kejadian kemudiannya bersama-sama mendekati untuk melihat objek yang telah mereka langgar sebelum itu.
Akhirnya misteri itu terjawab apabila mereka mendapati ada besi panjang seberat 20 kilogram sedang ‘berbaring’ di tengah jalan raya. Patutlah sampai hilang kawalan semuanya!
Muhin terpaksa memanggil syarikat insurans keretanya untuk mencari lori towing kerana dua tayar keretanya pecah dan spot rim juga kemek dan tak boleh digunakan.
Manakala kereta ‘mangsa’ yang lain hanya menukar tayar kereta mereka sahaja dan berlalu pergi selepas selesai menggantikan tayar.
Tapi yang ‘misterinya’, macam mana besi seberat 20 kilo tu boleh ada dekat tengah jalan? Sedia maklum, LPT2 memang tak menyediakan perkhidmatan towing dan coverage telefon di situ pun kadang ada, kadang tidak. Yang lebih mengecewakan ialah bila pihak peronda lebuhraya hanya melihat keadaan dan tidak membantu apa-apa.
Semoga selepas ini kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi. Kalau haiwan liar yang duduk ‘tersidai’ tengah jalan, kita boleh terima lagi sebab LPT2 merupakan lebuhraya yang sering kali menjadi ‘tumpuan’ haiwan liar.
Diharapkan pihak LPT2 mengambil serius tentang perkara ini. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
Posted by Muhir Rashid on Tuesday, 1 August 2017