Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dron Bawa Lelaki Miskin...

KISAH lelaki miskin di Ghana dapat ‘rezeki terpijak’ menunaikan haji menjadi tular di...

TNB Sedia Gerakkan Pasukan...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersiap sedia menggerakkan Pasukan Bertindak...

Thailand ‘Pelik’ Indonesia Tidak...

JAKARTA - Besarnya permintaan beras di Indonesia berbanding penawaran menyebabkan republik itu pernah...

Hanya Kerana Menyanyi Pelajar...

BEIJING - Seorang pelajar universiti di China mati ditikam rakan sebilik di asramanya...

3 Pusat Pemindahan Banjir Di Melaka Dibuka

MELAKA – Seramai 245 mangsa banjir daripada 64 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir sekitar daerah Melaka Tengah hingga 10.30 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata pusat pemindahan tersebut dibuka setelah hujan lebat turun sejak 2 pagi hingga 6 pagi tadi, menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

“Seramai 198 mangsa daripada 50 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdulah di Batu Berendam.

“Pusat pemindahan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Paya Ikan pula menempatkan seramai 33 mangsa daripada enam keluarga, manakala seramai 23 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di Balairaya Peringit,” katanya kepada pemberita hari ini.


Mangsa yang dipindahkan merupakan penduduk dari enam kawasan iaitu Kampung Batu Hampar, Kampung Pulau Kelapa, Kampung Sungai Putat, Taman Bukit Beruang Bistari, Taman Melawis Bukit Beruang dan Kampung Bukit Pulau. – BERNAMA

Kategori