ESOK, tanggal 31 Ogos merupakan hari bersejarah negara kita selepas 60 tahun telah bebas daripada dijajah oleh kuasa luar. 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat bagi semua rakyat Malaysia ketika itu.
Sempena perarakan sambutan Hari Kemerdekaan negara esok, terdapat tiga individu yang sering disebut-sebut.
Mereka ialah Mohamed Sharif Kalam, Awang Mohd Salleh dan Oliver Culvelt Samuel yang merupakan individu yang telah diberi kepercayaan untuk menaikkan bendera Tanah Melayu ketika pertama kali menyambut hari kemerdekaan negara pada 60 tahun lalu.
Pasti bila lihat saja gambar ini, anda mungkin tidak terfikir siapakah wajah di sebalik individu yang telah menaikkan bendera ini.
Pada ketika itu, mereka bertiga merupakan anggota tentera laut berusia awal 20-an. Mereka merupakan salah seorang saksi yang telah melihat segala sejarah di Tanah Melayu sejak bermulanya lagu Negaraku pertama kali dimainkan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Tahun ini, sekali lagi mereka diberi kepercayaan untuk membawa bendera Malaysia sempena 60 tahun menyambut kemerdekaan bumi bertuah ini.
Mereka bertiga akan membawa bendera Malaysia dan seterusnya akan diserahkan kepada anggota tentera yang bertugas untuk menaikkan bendera sebagai simbolik sambutan Hari Kemerdekaan negara tahun ini. –Â MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah