Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PM Najib Ucap Takziah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah di...

Dakwaan Tun M, Zahid...

KUALA LUMPUR - Tuduhan terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya Datuk Seri Dr....

Suri Rumah Didakwa Bunuh,...

GEORGE TOWN - Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Sesyen di...

Ibu Bunuh Bayi Kerana...

JAKARTA – Seorang wanita tempatan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh sebuah mahkamah...

33 PATI Cuba Keluar Dari Negara Secara Haram Ditahan

JOHOR BAHRU – Seramai 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan dalam tiga serbuan Op Landai yang dijalankan berasingan di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Ahad lepas.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang, kesemua mereka ditahan ketika cuba pulang ke negara mereka melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Seramai 10 lelaki berusia antara 20 dan 34 tahun ditahan dalam serbuan pertama yang dijalankan di Ladang Tembikai, Tanjung Balau berhampiran Bandar Penawar pada 11 malam,” katanya.

“Dua puluh tiga PATI lagi yang terdiri daripada 17 lelaki dan dua wanita dewasa serta empat kanak-kanak berusia antara satu dan 45 tahun pula ditahan sejam kemudian dalam dua operasi pencarian saki-baki mereka yang cuba meloloskan diri dalam ladang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati kesemua yang ditahan juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan telah tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang ditetapkan.


Kesemua 33 PATI itu kemudian dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/1963. – BERNAMA

Kategori