Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

3 Exco Pulau Pinang...

GEORGE TOWN - Tiga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang hadir di pejabat Suruhanjaya...

Gerai Makan Pernah Viral...

Melaka - Gerai makan yang menjadi viral di laman sosial kerana didakwa mengenakan...

Serik Pengalaman Lepas, Pindah...

BESUT - Serik dengan pengalaman lepas hingga terpaksa mengharung air banjir paras dada...

3 Penjenayah Mati Ditembak...

IPOH - Tiga penjenayah dipercayai warga asing, ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan...

4 Lelaki Ditahan Ketika Leka Menagih Dadah

SUNGAI PETANI – Empat lelaki berumur lingkungan 19 hingga 25 tahun ditahan dalam Operasi Cegah Perangi Dadah Habis-habisan (PDH) 2.0 yang dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda di kawasan perumahan Flat Paya Nahu dekat sini, hari ini.

Pemangku Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda Masiri Abdul Rahman berkata operasi yang bermula 11.30 pagi hingga 2 petang itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung aktiviti penagihan yang semakin berleluasa di kawasan terbabit.

Kita melakukan risikan sejak dua hari lalu, sebelum berjaya menahan empat lelaki ini, di sebuah rumah tidak berpenghuni yang dijadikan tempat menagih dadah dalam operasi yang disertai lima anggota penguat kuasa.

Sewaktu ditahan, mereka sedang khayal akibat dadah dan keputusan ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis opiat dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurutnya kesemua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Daerah Kuala Muda.


Sementara itu, Masiri berkata kawasan perumahan Flat Paya Nahu merupakan kawasan berisiko yang perlu diberi perhatian sepanjang masa malah ia turut disenaraikan sebagai satu daripada kawasan PDH oleh AADK.

Terdapat banyak rumah kosong yang dijadikan tempat untuk penagih dadah melepaskan gian mereka, malah ada juga yang berani menjalankan aktiviti memproses dan menjual air ketum di situ,” katanya.

Masiri berkata kerjasama semua pihak diperlukan dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah sehingga ke peringkat akar umbi kerana tidak mahu tragedi hitam seperti kes pembunuhan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun pada November tahun lepas di situ berulang lagi. – BERNAMA

Kategori