Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

JPN Nafi Caj Bayaran...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan khabra angin bahawa bayaran proses...

Zoo Negara Tawar Program...

KUALA LUMPUR - Berita baik buat pencinta panda. Kini anda berpeluang merasai pengalaman...

Pemuda Terkejut, Kaki Jadi...

LONDON – Ia merupakan pengalaman yang menakutkan bagi seorang graduan dari Universiti Plymouth...

CAP Gesa Kerajaan Lebih...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak kerajaan bertegas mengharamkan terus rokok...

4 Nelayan Hilang Selepas Bot Karam

DUNGUN – Empat nelayan dikhuatiri hilang manakala seorang dilaporkan selamat selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka karam dalam kejadian di Kuala Dungun, di sini, malam ini.

Insiden kira-kira 9.40 malam itu dipercayai berlaku selepas lima nelayan tersebut gagal memasuki muara sungai Kuala Dungun ekoran air cetek menyebabkan mereka menggunakan bot gentian kaca untuk kembali ke jeti.

Bagaimana pun bot yang dinaiki mereka dipukul ombak lalu terbalik.

Susulan kejadian itu seorang daripada mereka berjaya berenang dan menyelamatkan diri manakala empat lagi masih gagal dikesan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata sejurus menerima maklumat gerakan mencari dan menyelamat terus dijalankan.

“Kekuatan terdiri daripada 20 anggota dari Jabatan Polis, Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia terlibat dalam operasi terbabit.


“Identiti kesemua mangsa yang hilang belum dikenalpasti,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan hingga pagi esok ekoran cuaca gelap dan keadaan laut bergelora. – BERNAMA

Kategori