Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bekas Penari Balet Mandi...

ANASTASIA Volochkova adalah bekas penari balet di Rusia. Malangnya dia telah digugurkan daripada...

3 Lagi Mayat Mangsa...

GEORGE TOWN - Tiga mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai,...

KPDNKK Umum 16 Jenis...

KUCHING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memasukkan beberapa lagi...

YDP Agong Bimbang Kekerapan...

PEKAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad...

4 September Cuti Sempena Malaysia Juara Sukan SEA

KUALA LUMPUR – Tanpa djangka mana-mana pihak, kerajaan mengumumkan berita gembira apabila mengisytharkan cuti umum khas pada Isnin minggu depan iaitu 4 September ini.

Ia diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada malam penutup tirai temasya dwitahunan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 lewat tengah malam tadi.

Pengumuman istimewa itu disambut dengan sorakan hampir 100,000 penonton yang menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil selain disaksikan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan.

ā€œApa yang ditunggu?ā€ soal perdana menteri beberapa kali sebelum kemudian disambut secara spontan oleh orang ramai yang membanjiri stadium berkenaan sejak petang Rabu dengan menjawab: ā€œCuti!ā€

ā€œBukan senang hendak bagi cuti sebab Malaysia sudah ada terlalu banyak cuti, tetapi kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian atlet kita yang cemerlang.

“Maka dengan ini bagi pihak kerajaan saya mengumumkan cuti umum pada 4 September ini,ā€ kata Najib dengan wajah ceria ketika berucap di pentas utama di tengah stadium tersebut sempena Ambang Merdeka.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar merumuskan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang melabuhkan tirainya malam tadi, sebagai temasya hebat dan paling diingati.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) di atas kelancaran edisi ke-29 ini, Tunku Imran jelas berpuas hati dengan pencapaian kontinjen Malaysia berjaya mengutip 145 pingat emas.

ā€œSaya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada Malaysia kerana berjaya menganjurkan sebuah temasya yang akan diingati,ā€ kata Tunku Imran.


ā€œTiada apa yang sempurna di dunia ini, tetapi anda berjaya mengatasi beberapa masalah sepanjang perjalanan untuk menghasilkan keputusan yang boleh dibanggakan.ā€

Pungutan pingat itu membolehkan Malaysia bergelar juara keseluruhan daripada 11 negara yang mengambil bahagian dan 145 emas itu membolehkan kontinjen negara melepasi sasaran 111 pingat emas.

Sebelum ini, pungutan pingat terbaik negara ialah ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah edisi 2001 dengan 111 pingat emas, tetapi dengan penguasaan luar biasa menjadikan pencapaian kali ini lebih gemilang.

ā€œKita menjadi saksi kepada persembahan hebat atlet daripada 11 negara Asia Tenggara membabitkan 404 acara dan 38 jenis sukan. Dan untuk atlet yang gagal memenangi pingat, kami tahu anda sudah memberikan yang terbaik.

ā€œSyabas kepada kontinjen Malaysia yang berjaya muncul juara keseluruhan dan juga kepada Majlis Sukan Negara (MSN) yang bertungkus lumus dalam menyediakan kontinjen.ā€ – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori