Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

UPSR: Polis Akan Siasat...

TUMPAT - Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan polis akan menyiasat isu kebocoran soalan...

Google Papar ‘Doodle’ Khas...

KUALA LUMPUR - Google Malaysia hari ini meraikan pelakon, penyanyi dan ikon fesyen...

100 Juta Penduduk AS...

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 100 juta penduduk Amerika Syarikat (AS) mungkin dijangkiti COVID-19 pada musim...

Usaha Serius China Hapus...

GAJAH adalah antara haiwan yang sering diburu dan menjadi mangsa kerakusan manusia hanya...

41 Motosikal Disita Dalam Op Samseng Jalanan

LABUAN – Polis merampas 41 motosikal dalam Op Samseng Jalanan di sepanjang Jalan Tg Aru dan Lubok Temiang pada 27 Ogos lepas.

Ketua Polis Labuan ACP Adzhar Othman berkata 72 saman dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan kepada penunggang motosikal berusia antara 15 dan 22 tahun dalam operasi yang bermula sejak 5 petang hingga 8.30 malam.

Daripada jumlah saman itu 20 dikeluarkan atas kesalahan menunggang tanpa lesen atau perlindungan insurans, pengubahsuaian ekzos (14), pengubahsuaian nombor plat (11), tidak mempunyai cermin sisi (sembilan), tiada nombor plat (tujuh), lesen tamat tempoh (lima), tidak mempamerkan pelekat ‘P’ (tiga), aksesori melampau (dua) dan menukar warna cat (satu).

“Kami bertindak atas maklumat orang ramai dan orang kampung yang prihatin dengan kegiatan lumba haram di Kg Tg Aru,” katanya kepada Bernama hari ini dan menambah operasi itu melibatkan 13 anggota.

“Kami turut menyoal siasat kesemua penunggang yang terlibat dalam lumba haram atau ‘rempit’ dengan kehadiran ibu bapa masing-masing dan kami bebaskan mereka pada hari sama,” katanya. – BERNAMA

Kategori