Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Data E-Tunai Rakyat Berisiko...

KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali...

TN50: Kenal Pasti Bidang...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia perlu mengenal...

Lelaki Heret Ibu Nyanyuk...

INI namanya anak derhaka. Lelaki ini telah mengheret ibunya yang sudah tua dan...

Menara Jam Makkah Lebih...

MAKKAH - Menara Jam Makkah dengan ketinggian 607 meter yang terletak di hadapan...

Kerajaan N.Sembilan Sedia Bekerjasama Dengan SPRM

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu jual beli tanah di Kampung Serampang Indah, yang dahulunya dikenali sebagai Ladang Gatco, di Jempol.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berberkata beliau menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung kes itu.

“Terpulang kepada SPRM untuk menyiasat. SPRM ada bidang kuasa mereka untuk menyiasat dan kerajaan negeri akan memberikan kerjasama apa sahaja. Malah, jika SPRM ada formula untuk menyelesaikan isu tersebut, kita amat mengalu-alukan.

“Isu ini sudah lama dan usaha kerajaan negeri untuk membantu mereka yang teraniaya (menyelesaikan isu), kita buat secara telus,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Semalam, empat pegawai SPRM mengunjungi pejabat Unit Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini bagi mendapatkan maklumat berhubung isu tersebut.


Isu pertikaian Ladang Gatco itu bermula apabila peneroka tidak berpuas hati dengan penjualan ladang berkenaan. – BERNAMA

Kategori