Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Dasar Kerajaan Pastikan Negara...

KOTA BELUD - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Kerajaan Selangor Tidak Amal...

BERA - Kerajaan Selangor disifatkan tidak mengamalkan prinsip kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan mereka...

Dera Bayi: Bedah Siasat...

BUKIT MERTAJAM - Bayi perempuan berusia 46 hari yang meninggal dunia dipercayai akibat...

BR1M: Najib Cabar Beri...

PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)...

50 Maut Serangan Pemberontak Di Afghanistan

KABUL – Sekurang-kurangnya 50 orang termasuk wanita dan kanak-kanak dilaporkan maut dalam serangan pemberontak di sebuah perkampungan di wilayah Sar-e Pul, di utara Afghanistan.

Jurucakap gabenor wilayah, Zabihullah Amani berkata, kumpulan pemberontak itu yang turut dianggotai militan asing menyerang pos kawalan keselamatan di kawasan Mirza Olang di daerah Sayaad malam tadi dan membakar 30 kediaman.

Menurut beliau, pertempuran masih meletus ketika ini dengan jumlah kematian mencecah 50 orang termasuk kanak-kanak, wanita dan lelaki tua, kebanyakannya dari komuniti Syiah Hazara.

“Mereka dibunuh dengan begitu kejam,” katanya sambil menambah, tujuh anggota pasukan keselamatan Afghanistan dan beberapa anggota pemberontak turut maut dalam serangan itu.


Amani berkata, maklumat lanjut mengenai identiti pemberontak masih belum diketahui namun dipercayai ia adalah kumpulan gabungan Taliban dan Daesh walaupun Taliban menafikan sebarang pembabitan dalam kejadian terbabit.

Siri pertempuran kembali meletus di seluruh Afghanistan tahun ini dengan 1,662 orang awam disahkan terbunuh sepanjang tempoh enam bulan pertama manakala 3,581 lagi cedera parah. – Reuters/myMetro Online

Kategori