Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Beli Kondo: Isa Samad...

BEKAS Pengerusi FGV Holdings Berhad, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan memfailkan...

Kerajaan Diminta Tangguh Kenaikan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta menangguhkan sementara kenaikan kadar tol di sembilan lebuh...

Kemelut FGV Dibincang Dengan...

KEMAMAN - Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan mengadakan pertemuan dengan...

Rasuah: 6 Pegawai Imigresen...

KUALA LUMPUR – Enam pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan reman empat hari...

54 Penagih Dadah Ditahan AADK N.Sembilan

TAMPIN – Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sembilan (AADK) menahan 54 individu yang didapati positif dadah dalam serbuan Op Perdana AADK Negeri Sembilan di sekitar Tampin, di sini, hari ini.

Pengarahnya Ismail Ahmad Khairi berkata dua wanita adik-beradik berusia lingkungan 20-an merupakan antara yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan selepas hasil risikan selama dua minggu di kawasan itu.

“Serbuan dilakukan di kawasan Felda Sungai Kelamah, Felda Jelai 1, 2, 3 dan 4, Felda Pasir Besar dan Felda Bukit Rokan.

“Dalam operasi ini, seramai 113 individu telah diperiksa dan 54 daripadanya didapati positif dadah hasil ujian saringan awal air kencing serta berusia lingkungan 19 hingga 60 tahun,” katanya selepas Op Perdana AADK Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Beliau berkata daripada 54 yang ditahan itu, tiga didapati positif dadah jenis ganja, 19 (positif opiate) dan 33 lagi positif methamphetamine.


Operasi selama lapan jam yang bermula 11.15 malam tadi itu melibatkan seramai 135 anggota penguat kuasa dari seluruh AADK daerah dan Ibu Pejabat AADK negeri. – BERNAMA

Kategori