Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pesawat AirAsia, Jetstar Nyaris...

CANBERRA - Dua buah pesawat syarikat tambang rendah masing-masing Jetstar Airways Australia dan...

Labuan Pertama Capai Imuniti...

LABUAN - Labuan hari ini selesai memvaksinasi penuh 80 peratus populasi dewasa, menjadikan...

Sengketa Antara PAS &...

UMUM sedia maklum, Pakatan Rakyat (PR) telah berkubur akibat sengketa berlarutan antara dua...

Tan Sri Mokhzani Letak...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Tan Sri Mokhzani Tun Dr....

5,500 Sertai Raptai Hari Kebangsaan Peringkat Perlis

KANGAR – Seramai 5,500 peserta daripada 75 kontinjen pelbagai agensi di negeri ini menyertai raptai sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat negeri di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini hari ini untuk memastikan kelancaran acara pada 30 Ogos ini.

Tinjauan Bernama di stadium itu mendapati sambutan Hari Kebangsaan di negeri ini turut diserikan dengan perarakan dua gajah yang didatangkan khas dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah di Pahang oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Turut hadir pada raptai itu barisan anggota Exco kerajaan negeri.

Selain perarakan kontinjen, turut diadakan persembahan seni termasuk persembahan kanak-kanak serta pelbagai acara lain.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dijangka berangkat merasmikan majlis perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan peringkat negeri yang diadakan pada 8.30 malam, 30 Ogos ini. – BERNAMA

Kategori