Friday, December 20, 2024

Creating liberating content

Insentif M40 Tak Berkurang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak mengurangkan inisiatif kepada kumpulan M40 melalui Belanjawan 2021...

Gangguan Khidmat Perbankan, Maybank...

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh...

Malaysia Tuan Rumah Sukan...

HANOI : Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) hari ini memilih Malaysia sebagai tuan rumah...

Polis Tahan Tiga Lelaki...

SEREMBAN - Tiga lelaki termasuk dua remaja bawah umur, yang tidak bersekolah lagi,...

6 Wanita Mangsa Pemerdagangan Diselamatkan

KOTA KINABALU – Polis berjaya menyelamatkan enam wanita warga Filipina semalam daripada mangsa pemerdagangan orang untuk eksploitasi seks.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata keenam-enam wanita yang berumur antara 20 tahun hingga 24 tahun itu diselamatkan hasil serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Peringatan, Jalan Petagas, kira-kira jam 9.30 pagi.

Dalam serbuan berkenaan, kata M.Chandra, tiga suspek, dua daripadanya wanita warga Filipina berumur antara 25 hingga 47 tahun, turut ditahan.

“Mangsa telah masuk ke Sabah lebih kurang 15 hari hingga empat bulan lalu secara berperingkat. Kesemua pergerakan pengangkutan bot dari Filipina hinggalah kenderaan darat telah diuruskan oleh ejen dari Filipina dan ejen tempatan.

“Kos pengangkutan akan ditanggung mangsa sebagai hutang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pada mulanya mangsa telah dijanjikan bekerja sebagai pelayan di kelab-kelab malam dan restoran namun apabila sampai ke Sabah melalui Sandakan, Semporna dan Tawau mereka telah dibawa ke Kota Kinabalu dan ditempatkan di rumah suspek.

Kesemua mangsa telah dikerah menjadi pelayan khidmat seks dan dihantar sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat-pusat hiburan, karaoke dan hotel sekiranya ada permintaan untuk perkhidmatan seks, kata beliau.


Menurut M.Chandra kesemua mangsa juga mendakwa tidak dibayar gaji atau diberi apa-apa komisyen atau ganjaran selama bekerja dengan suspek yang berperanan sebagai ‘bapa ayam’ dan ‘ibu ayam’.

Turut dirampas daripada serbuan berkenaan ialah 10 buah telefon bimbit pelbagai jenama, matawang negara Amerika Syarikat, Singapura dan Brunei dan sebuah kereta.

Kesemua suspek direman enam hari mulai hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 12 dan Seksyen 13 (e) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. – BERNAMA

Kategori