Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pramugari Pesawat QZ8501 –...

'I LOVE YOU FROM 38000 ft' (Saya cintakan awak dari 38,000 kaki).Itu antara...

Perdana Menteri Umum Pembukaan...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkan hala tuju...

Konsert Amal Doa Buat...

JOHOR BAHRU - Konsert Amal Doa Buat Kekasih di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada...

Juruterbang Saksi Helikopter Terjunam...

KUALA LUMPUR - Seorang juruterbang sebuah pesawat yang kebetulan sedang terbang di kawasan...

67 Bahan Cetakan Teks Al-Quran ‘Cacat’ Dirampas

KUALA TERENGGANU – Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini merampas 67 bahan cetakan mengandungi teks Al-Quran cacat daripada 11 premis, dalam operasi bersepadu di sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus.

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Shamsinar Mohd Jaafar berkata operasi itu dilakukan ekoran terdapat peniaga yang masih tidak mengendahkan amaran KDN meskipun sudah tiga kali diperingatkan.

Situasi itu katanya, memaksa pihak KDN bertindak tegas dengan merampas bahan cetakan tersebut kerana dibimbangi ia akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam dari segi bacaan serta akan membawa makna yang berlainan terhadap ayat Al-Quran berkenaan.

“Kesalahan yang dikenalpasti adalah kesalahan penulisan ayat contohnya ayat Al-Quran dicampur dengan ayat yang berlainan… baris atau mad penandaan pada Al-quran dan cetakan Al quran dilakukan secara berulang. Ini menjadikan ayat itu tidak jelas,” katanya kepada pemberita selepas rampasan itu di sini.

Beliau berkata kesemua bahan yang dirampas bernilai RM20,000 itu menyalahi seksyen 14 Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986.


Operasi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (JHEAT) dan Polis Diraja Malaysia Shamsinar berkata kebanyakan bahan cetakan itu diambil peniaga daripada pengedar utama di Kuala Lumpur, yang dipercayai diimport dari negara China dan Pakistan.

Beliau berkata, turut dirampas ialah ayat-ayat suci Al-Quran (yang dibingkai) diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya seperti di lantai dan bercampur aduk dengan pakaian. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KDN

Kategori