Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mueang Kao Saji Menu...

UNIK... Sekali pandang di luar, mungkin ramai anggap ia sekadar sebuah restoran tipikal...

KAFA Perlukan RM6 Juta...

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memerlukan dana sebanyak RM6 juta...

Buaya Dibela Sejak 1958...

DARWIN - Seekor buaya tempatan berusia lebih 70 tahun peliharaan seorang warga Australia,...

Kerajaan Sasar 75,000 Orang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan seramai 75,000 orang akan menerima suntikan vaksin dalam...

7 Ditahan Terlibat Sindiket Pinjaman Tak Wujud

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menyelesaikan 55 kes penipuan pinjaman di seluruh negara melibatkan kerugian dianggarkan RM220,000 dengan tertangkapnya tujuh individu yang dipercayai  terlibat dalam sindiket itu di sebuah kondominium di Cheras, di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 dan 27 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis  dari   Bahagian  Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Polis turut merampas beberapa komputer riba, kad ATM, buku catatan dan telefon milik suspek,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, sindiket yang bergiat aktif sejak awal tahun ini dipercayai menggunakan laman sosial Facebook, WhatsApp dan WeChat untuk mengiklankan tawaran mereka bagi pinjaman yang tidak wujud kepada orang awam.

Katanya, anggota sindiket itu juga menggunakan taktik menawarkan pinjaman dengan syarat yang mudah dan menyasarkan individu kesempitan wang serta disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan CTOS Data System Sdn Bhd (CTOS).


Suspek kemudian akan memperdaya mangsa untuk menyerahkan sejumlah wang dengan cara mendepositkan bayaran ke dalam akaun yang diarahkan kononnya sebagai bayaran yuran proses dan guaman, katanya.

“Sindiket ini juga bertindak licik menggunakan maklumat akaun pihak ketiga sebagai akaun penerima wang hasil penipuan,” katanya. – BERNAMA

Kategori