Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Pemandu Pelancong Tauliah Bantu...

LABUAN - Dalam usaha menjadikan Labuan sebagai destinasi pelancongan utama, ia menyediakan sejumlah...

11 Jalan Di Johor...

JOHOR BAHRU - Sebelas batang jalan di empat daerah di Johor masih terputus...

‘Pergilah Adik… Bermain Dengan...

GEORGETOWN : "Pergilah adik... bermain dengan abang di syurga."IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..Demikian...

Gengster Berpesta Depan Sekolah...

BAGAIKAN babak gengster dalam filem Tamil, demikian aksi sekumpulan remaja yang menimbulkan kekecohan di...

8 Pelajar Maahad Tahfiz Nyaris Terkorban

BALING – Lapan pelajar lelaki Maahad Tahfiz Al-Quran Wartabiyyatul Islamiah di Telok Teduri di sini nyaris maut apabila tingkat atas bangunan tiga tingkat maahad tahfiz itu terbakar awal pagi tadi.

Kesemua pelajar berumur antara 12 hingga 20 tahun itu bernasib baik apabila seorang daripada mereka Muhammad Aniq Haradie Mohd Zaki, 18, menyedari kejadian itu selepas terjaga untuk ke bilik air di tingkat bawah kira-kira pukul 2 pagi.

“Semasa saya turun terdengar bunyi letupan kecil sebelum bekalan elektrik terputus, saya naik seorang diri ke tingkat tiga untuk melihat apa berlaku dan terkejut melihat hampir keseluruhan tingkat atas yang menempatkan sebuah dewan pelajar dan bilik stor sudah terbakar,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad Aniq berkata dia bergegas turun semula ke tingkat dua yang mana bilik asrama mereka ditempatkan dengan menjerit untuk mengejutkan rakan-rakannya lain yang sedang tidur untuk segera keluar menyelamatkan diri.

Katanya api marak terlalu cepat disebabkan terdapat sebuah bilik stor yang menyimpan tilam dan bantal pelajar di tingkat atas berkenaan hingga menyebabkan keseluruhan bumbung serta siling musnah.

“Mujur Allah (SWT) pelihara kami semua, kalau tidak kami semua mungkin tiada lagi di dunia ini, syukurlah kami diberi masa dapat terus menghafal al-Quran di sini. Kami semua kini ditempatkan sementara di surau sebelum kerja-kerja membaiki bangunan dijalankan,” katanya.


Katanya maahad tahfiz berkenaan turut menempatkan beberapa tenaga pengajar yang menetap di sebuah rumah yang terletak bersebelahan bangunan selain pelajar.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan orang awam pada 2.04 pagi sebelum bergegas ke lokasi yang terletak 10 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling.

“Pasukan seramai 15 anggota tiba di lokasi pada pukul 2.15 pagi dan mendapati tingkat atas bangunan maahad tahfiz itu terbakar sebelum kerja-kerja pemadaman (api) dilakukan,” katanya.

Beliau berkata api berjaya dikawal sepenuhnya pukul 2.27 pagi manakala punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Kategori