Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Badan Khas Bantu Pemandu...

KOTA BHARU - Persatuan Gabungan Kereta Sewa dan Teksi Kelantan berharap agar Kerajaan...

Abby Abadi Tak Jadi...

NAMA Abby Abadi sememangnya sinonim dengan isu-isu panas semenjak dia mula menghadapi masalah rumah tangga...

Malaysia Terus Main Peranan...

Malaysia akan terus memainkan peranan utamanya dalam rundingan damai di Selatah Thailand berdasarkan...

Ujian Ramadan… Jumpa Hampir...

ALHAMDULILLAH... Masih wujud lagi insan yang berhati mulia dan jujur dalam masyarakat kita...

800 Hektar Kawasan Muda Diserang Bena Perang

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) merekodkan seluas 800 hektar Kawasan Muda bagi Musim 1/2017 diserang dengan kehadiran perosak bena perang setakat semalam.

Pengerusinya Datuk Othman Aziz berkata, berdasarkan rekod Sistem Maklumat Pertanian (SMP), kehadiran perosak utama padi itu mengakibatkan berlakunya Hopper Burn atau tanaman seperti kering dan terbakar sehingga seluas 180 hektar dari kawasan tersebut.

“Manakala serangan penyakit yang telah dikenal pasti ialah Hawar Seludang iaitu pada seluas 650 hektar, Kerah Daun (195 hektar) dan Jalur Daun Bakteria seluas 185 hektar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu beliau menasihatkan peladang di kawasan Muda agar kerap turun ke bendang bagi mengelak serangan perosak dan penyakit terhadap tanaman walaupun keluasan serangan penyakit tersebut adalah kecil dan terkawal.

“Peladang hendaklah mengelakkan penggunaan baja nitrogen secara berlebihan dan melakukan semburan racun serangga yang bersifat sistematik seperti racun jenis buprofezin,” katanya.

Othman berkata ketika ini MADA sudah mengambil beberapa tindakan antaranya menjalankan kempen pengurusan perosak dan penyakit tanaman padi melalui kaedah pengembangan strategik.


“Selain itu, pemantauan berkala oleh pasukan pemantauan perosak dan penyakit di lokaliti dengan kerjasama MADA bersama Jabatan Pertanian dan MADACorp turut dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, usaha itu penting terutamanya pada fasa akhir penanaman padi ketika ini bagi memastikan ia dalam keadaan terbaik sekali gus mengeluarkan hasil yang bermutu tinggi. – BERNAMA

Kategori