Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dah Buka Tudung, Zila...

TERKEJUT jadinya apabila melihat penyanyi Zila Seeron memuat naik gambar imejnya yang sudah...

Skandal Seks Guru Wanita...

SEORANG guru wanita dari Florida mengaku bersalah di mahkamah atas kesalahan melakukan hubungan...

TV AlHijrah Diiktiraf TV...

TV AlHijrah membanggakan negara! Semalam, stesen TV gaya hidup Islam itu menerima pengiktirafan berkelas...

Polis Jumpa Bom Mortar...

IPOH - Polis menemukan sebutir bom mortar yang masih aktif ketika menyerbu sebuah...

96 PATI Ditahan Dalam Ops Di Rumah Kongsi

JOHOR BAHRU – Seramai 96 pendatang asing tanpa izin (PATI) terdiri daripada 85 lelaki dan 11 wanita ditahan dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen negeri di kawasan rumah kongsi tapak pembinaan perumahan Jalan Durian, Taman Kota Masai, di sini, awal hari ini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor Muhammad Hafiz Khamis berkata serbuan bermula pada 1.30 pagi itu melibatkan tiga buah blok penempatan haram berkenaan.

Menurutnya, dalam operasi itu, seramai 291 orang termasuk 14 wanita dan tiga kanak-kanak berusia antara tiga dan 60 tahun, telah diperiksa.

“Daripada jumlah tersebut, kita menahan 53 warga Indonesia, 32 Bangladesh, lapan Myanmar dan tiga Vietnam.

“Kesemua yang ditahan didapati telah melakukan kesalahan menetap melebihi tempoh masa yang dibenarkan selain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

​​​​​​​​​​​​​Tambahnya, kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika dan akan ditahan reman selama 14 hari bermula hari ini bagi menjalankan siasatan lanjut.


Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa permit sah dan Seksyen 15(1)(c) akta sama iaitu tiada dokumen perjalanan sah.

Menurut Muhammad Hafiz, semasa serbuan dijalankan, pihak imigresen juga mendapati kawasan penempatan berkenaan ‘dikawal’ menggunakan beberapa ekor anjing bagi menghidu kehadiran pihak berkuasa.

Operasi bersepadu itu disertai 50 pegawai Jabatan Imigresen negeri, selain 140 pegawai dan anggota Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. – BERNAMA

Kategori