KAJANG – Tindakan sorang abang merogol adik kandungnya yang berusia 13 tahun membawa padah selepas dia ditahan pihak polis.
Menurut laporan mStar Online, polis menahan remaja lelaki berusia 16 itu kerana dipercayai merogol adik perempuannya sejak Oktober tahun lalu.
Penahanan itu dilakukan selepas ayah mangsa melaporkan kejadian berkenaan pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussoff berkata;
“Bapa mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan perut anak gadisnya itu yang dilihat semakin membesar.
“Setelah didesak, mangsa memaklumkan kepada si bapa mengenai kelakuan abangnya,” kata Ahmad Dzaffir.
Gadis malang itu dikatakan hamil tujuh bulan dan sudah dirujuk ke Hospital Kajang.
Manakala, suspek pula direman sehingga Ahad. – mStar Online