Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Sabah Digesa Realisasi...

KOTA KINABALU - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah digesa agar meneruskan usaha...

Polis Buru Penunggang ‘Tik...

PORT DICKSON: Polis sedang mengesan seorang penunggang dalam video yang tular menunjukkan aksi...

Gandingan Mahathir-Anwar Terbaik Untuk...

PUTRAJAYA – Gandingan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar...

Kajol Sifatkan Sikap Ramah...

KUALA LUMPUR - Pelakon Bollywod, Kajol menjelaskan sifat ramah dan sikap sopan santun...

Acara Berbasikal Trek Tambah 2 Lagi Emas

NILAI – Skuad berbasikal trek negara meneruskan kecemerlangan apabila menambah koleksi pingat emas negara pada hari terakhir acara itu di Velodrom Nasional hari ini.

Dua pingat emas diperolehi menerusi acara 500m ujian masa wanita dimenangi Fatehah Mustapa manakala Muhammad Fadhil Mohd Zonis pula menerusi acara 1km ujian masa lelaki.

Fatehah merekod masa 34.542 saat, 0.125 saat lebih pantas daripada rekod kebangsaan yang dilakukannya di temasya Sukan Komanwel 2014, di Glasgow.

Dengan catatan masa berkenaan, Fatehah mendahului tujuh pelumba lain termasuk pelumba negara Anis Amira Rosidi yang terpaksa berpuas hati di tempat keempat dengan masa 36.476s.

Pingat perak dan gangsa dimenangi pelumba Indonesia Crismonita Dwi Putri dengan masa 36.165s manakala rakannya Santia Tri Kusuma di tempat ketiga dengan 36.345s.

Sementara itu, Muhammad Fadhil pula mengesahkan pingat emas menjadi milik kontinjen negara apabila mencatat masa 1:01.889s dalam acara 1km ujian masa lelaki.


Muhammad Shah Firdaus Sahrom di tempat kedua dengan catatan masa kedua terpantas 1:02.356s manakala pelumba Singapura Mohamed Elyas Mohamed Yusoff meraih gangsa dengan catatan 1:03.929s.

Sehingga hari ini, rekod kebangsaan dalam acara 1km ujian masa lelaki masih dipegang Mohd Rizal Tisin dengan catatan masa 1:01.658s yang dilakukannya di Kejohanan Berbasikal Dunia di Poland pada 2009. – BERNAMA

Kategori