Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Remaja Perempuan Ditahan Kes...

ALOR SETAR: Polis menahan seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan berhubung penemuan bayi...

Dokumen Tersebar Bukan Borang...

PUTRAJAYA - Borang persetujuan untuk program imunisasi yang disebar melalui media sosial sebelum...

SRC: Tidak Masuk Akal...

KUALA LUMPUR - Hujah lisan dari pihak pendakwaan dan pembelaan kes perbicaraan berprofil...

Pemandu Rempuh Stesen Minyak

MELAKA: “Rempuhan yang kuat, mujurlah tiada sebarang kecederaan ke atas pekerja dan pelanggan,”...

Acara Kuda Lasak Bermula, Sultan Mizan Ketuai Malaysia

SETIU – Seramai 25 penunggang acara kuda lasak dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) memulakan perlumbaan tepat pukul 3 pagi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di sini hari ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengetuai pasukan negara yang turut disertai lima penunggang lain.

Lima pasukan mengambil bahagian dalam acara ini iaitu Thailand, Singapura, Kemboja, Brunei dan Malaysia.

Raja Muda, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan melepaskan para peserta.

Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.


Semua penunggang perlu melalui trek sejauh 80 kilometer (km) dan mengikut peraturan acara kuda lasak penunggang kuda akan diperiksa di setiap tiga pusingan iaitu 35km, 25km dan 20km bagi memastikan kuda dalam keadaan baik.

Acara dijangka tamat sebelum 5 petang hari ini di TIEP. – BERNAMA

Kategori