Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cacar Monyet: Pengawasan Pintu...

Bagan Serai : Kerajaan akan meningkatkan tahap pengawasan di semua pintu masuk antarabangsa...

Polis Tahan 6 Anggota...

KUANTAN - Polis Pahang menahan enam warga tempatan termasuk dua wanita yang dipercayai...

Berita 2 Kanak-Kanak Hilang...

KOTA KINABALU - Berita yang tular di media sosial kononnya dua kanak-kanak telah...

CFO Huawei Mohon Ikat...

TORONTO - Ketua Pegawai Kewangan Huawei Technologies Co Ltd menegaskan beliau perlu dibenarkan...

Adam Shahz, Fatin Afeefa Sudah Bercerai Rupanya…..

AKHIRNYA pelakon Adam Shahz mengakui sudah sah bercerai dengan isterinya, pelakon Fatin Afeefah sejak 30 Mei lalu.

Katanya, dia menuding jari ke arah pihak-pihak yang menjadi penghasut sebagai punca bekas isterinya memfailkan perceraian pada 15 Mei lalu.

Namun begitu, Adam tidak menyalahkan Fatin tetapi meluahkan rasa kecewanya terhadap insan-insan berpura-pura sebagai ‘kawan’ yang tidak senang hati melihat kerukunan rumahtangga mereka.

“Apa yang boleh saya katakan pergaulan bekas isteri dengan rakan-rakan antara penyebab kami bercerai apabila ada di antara teman-temannya tidak senang melihat kami bahagia, mula menghasut dan nampaknya cubaan itu berjaya.

“Kadang-kadang kita tidak boleh baca apa dalam fikiran orang di sekeliling kita dan apa agenda mereka apabila mendekati kita.

“Tetapi tidak perlulah saya butirkan satu persatu kerana saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini sebaliknya menganggap perceraian ini sebagai sudah tertulis untuk kami berdua,” katanya kepada mStar Online.

Adam, 35, menceraikan Fatin dengan talak satu pada 30 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Bagaimanapun Adam menegaskan perpisahannya dengan Fatin bukan berpunca daripada pembabitan orang ketiga seperti didakwa sesetengah pihak.

Dalam pada itu, Adam berkata, sebagai suami dia berasa kecewa apabila Fatin memfailkan cerai dan mengakui keputusan itu memberi impak mendalam kepadanya.

Kata Adam, dia mengambil masa selama tiga bulan untuk pulih daripada kekecewaan dan sepanjang tempoh itu juga dia berehat daripada dunia lakonan.

“Tipulah kalau saya gembira dengan perceraian ini dan jujurnya ia memberi kesan kepada diri kerana cuba menerima hakikat bahawa kami telah bercerai.


“Selepas bercerai saya bercuti daripada lakonan selama tiga bulan kerana ingin menenangkan diri untuk menghadam apakah yang sedang berlaku kepada rumah tangga kami.

“Alhamdulillah sekarang saya rasa lebih baik dan reda dan menerima hakikat bahawa jodoh kami tidak panjang,” katanya.

Sementara itu, Adam mengakui dia dan Fatin masih mempunyai hubungan baik demia dua anak mereka, Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2.

Adam dan bekas isterinya itu menolak tepi perbezaan mereka dan sepakat untuk sama-sama memberi komitmen dalam membesarkan dua anak mereka.

“Alhamdulillah di sebalik kepahitan itu masih ada manisnya dan anak-anak menyatukan kami agar terus kekal baik demi membesarkan mereka.

“Saya tidak mahu perceraian kami memberi kesan kepada anak-anak dan mahu mereka menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

“Kami bergilir-gilir menjaga anak dan setakat ini semuanya dalam keadaan baik,” katanya.

Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 22, pada 21 Disember 2013. – MYNEWSHUB.CC

Kategori