Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kem Cerdik Cukai Tingkat...

Kem Cerdik Cukai yang mula diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)...

Hubungan Kerjasama KL- Abu...

ABU DHABI - Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menetapkan kerjasama tanpa had (sky...

6 Petugas Berswafoto Dikenakan...

KAHERAH - Enam petugas perubatan dikenakan tindakan disiplin selepas mereka berswafoto di hadapan...

Medan Magnetik Kutub Utara...

PERKARA ini mungkin terdengar seperti filem fiksyen Hollywood, tetapi kajian menunjukkan bahawa medan...

Adam Shahz Tertekan Dituduh Punca Bercerai

BARU tiga bulan bercerai dengan bekas isterinya iaitu pelakon Fatin Afeefa, aktor Adam Shahz mengakui berasa tertekan apabila dituduh sebagai punca keretakan rumah tangganya.

Kata Adam, orang luar tidak perlu mencari kesalahannya dan menjatuhkan hukuman terhadapnya hanya kerana insiden dia membalas mesej seorang wanita yang membuatkan mereka suami isteri bergaduh, suatu ketika dahulu.

“Pelbagai mesej diterima melalui media sosial yang menyalahkan saya apabila perceraian berlaku. Mereka tidak tahu situasi sebenar. Saya harap spekulasi punca perceraian kami dihentikan.

“Ini kerana ia beri kesan kepada saya dan bekas isteri. Ia terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum. Sehubungan itu, saya mohon agar tidak letak hukum seakan-akan saya saja yang bersalah.

“Banyak pihak yang perlu dijaga dalam perkara ini, jadi saya tidak mahu ada yang salah faham pula dengan kenyataan ini,” katanya kepada BH Online.

Adam, 35, mengesahkan sudah bercerai dengan Fatin, 22, dengan talak satu di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor pada 30 Mei lalu.


Fatin memfailkan perceraian pada 15 Mei lalu selepas mendakwa mereka sudah tidak lagi ada persefahaman sebagai suami isteri.

Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau nama penuhnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, pada 21 Disember 2013.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian yang berusia empat tahun dan Ivy Herra Sophia, dua tahun. – MYNEWSHUB.CC

Kategori