Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tun Dr. Mahathir Jumpa...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menemui semua Ketua...

Hisham Ke Ukraine Percepat...

PETALING JAYA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein...

Kerana Skirt Pendek, 2...

Sebelum ini, ada pihak tidak berpuas hati setelah seorang wanita diarahkan untuk menyarungkan...

Vaksin COVID-19 Dibotolkan 2...

KUALA LUMPUR - Sebaik sahaja vaksin COVID-19 dihasilkan dan keputusan pembelian dibuat Kementerian Kesihatan,...

Afifah: Anda Gadis Muda Berjiwa Besar

AFIFAH Nasir, gadis paling dibenci dalam krisis rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah – kini wajar digelar Gadis Melayu Pertama – kerana kerendahan hatinya untuk memohon maaf.

Dalam riuh-rendah serta segala macam keserabutan kes Aliff-Bella – Afifah yang dispot sebagai antagonis berjaya mengubah haluan apabila bertindak dengan jiwa besar mengakui kesilapannya serta memahami isi hati Bella.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak, terutamanya kepada Bella kerana memberikan peluang untuk suaminya memegang tangan saya di sebuah pusat karaoke.

“Dalam kejadian itu, dia (Aliff) memegang tangan saya dan saya mengakui kesalahan saya sebab membenarkannya.

“Saya akui itu salah saya dan bagi saya, Bella tidak bersalah dalam hal ini kerana saya memahami keadaan dan situasi yang dilalui Bella pada ketika itu.

Perghhh. Inilah gadis kita. Apabila silap dengan rendah hati memohon maaf. Afifah masih muda – dia akan belajar asam-garam kehidupan. Namun, keberaniannya memohon maaf dalam kes ini membuktikan dia berjiwa besar.


Afifah membuat pengakuan setelah menyedari langkah Aliff dan Bella mengadakan sidang media bersama minggu lalu.

“Namun begitu, saya ingin mengambil kesempatan untuk menjernihkan keadaan setelah pihak sana memberikan penjelasan mereka berhubung kontroversi yang telah terjadi,” kata Afifah.

Kenyataan Afifah paling rasional. Terutama dalam keadaan campur tangan Presiden Seniman, Zed Zaidi dan artis Singapura, Nick Mikhail yang bertegang leher ala-ala mafia.

Dalam sidang media tersebut, Afifah ditemani oleh peguam, Sana Tufil Ahmad, kakaknya, Mia Nasir, kekasihnya, Wan Ariff Wan Azhar dan pelakon Alana Amir. – MYNEWSHUB.CC

Kategori