Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Istiadat Meletak Kerja Dahului...

KUALA KANGSAR - Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah bermula secara...

Pesakit Kanser Maut Jatuh...

Ipoh - Lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh bangunan Hospital Raja...

Infusi Plasma Darah Pesakit...

BEIJING - Pihak berkuasa kesihatan China hari ini menggesa individu yang sudah sembuh...

Menteri ASEAN Mulakan Siri...

KUALA LUMPUR - Para menteri ASEAN yang berhimpun di Kuala Lumpur menyertai siri...

Agensi Berkaitan Patut Jelaskan Kes Batuk Kokol

KENINGAU – Aktiviti harian penduduk Keningau berjalan seperti biasa meskipun dua kanak-kanak di daerah berkenaan  baru-baru ini disahkan mengidap penyakit batuk kokol atau pertusis dan masih menerima rawatan di Hospital Keningau.

Bagaimanapun, tinjauan Bernama mendapati sesetengah penduduk kesal kerana berita mengenai kes terpencil berkenaan mereka ketahui cuma melalui media sosial  sementara  penjelasan  cuma  dibuat  selepas  berita itu tular.

Pertusis adalah penyakit berjangkit  terutamanya di kalangan kanak-kanak yang bercirikan batuk bertalu-talu, sedutan nafas yang panjang dan berbunyi, muntah dan dalam kes yang teruk berlaku pendarahan.

“Jabatan Kesihatan Daerah seharusnya memaklumkan mengenai kes ini terlebih awal supaya masyarakat lebih bersedia untuk mendapatkan rawatan, “ kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Keningau, Tensu Guili, 56.

Rosanna Edeza, 30, pula berkata, kes itu ditular di media sosial  namun  disebabkan  penjelasan  rasmi  mengenainya agak lewat membuatkan beliau sangsi mengenai keadaan dua orang anaknya yang turut batuk-batuk.

Pemaju Mukim, Luagan Rudy Gijau pula meminta Jabatan Kesihatan agar turun padang menjelaskan wabak itu secara terperinci, khususnya mengenai langkah-langkah penjagaan dan pencegahan.

“Mereka (Jabatan Kesihatan) perlu menjelaskan mengenai penyakit ini kepada penduduk, selain menerangkan kepentingan suntikan imunisasi kepada kanak-kanak,” katanya.


Sementara itu, Jabatan Kesihatan Keningau menjelaskan penyakit batuk kokol boleh dibanteras jika ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat suntikan imunisasi yang lengkap.

“Ramai (ibu bapa) yang tidak mahu suntikan imunisasi disebabkan takut (kononnya) anak mereka akan cacat atau terencat sedangkan suntikan itu tidak akan membahayakan kanak-kanak dan sangat penting ,” jelas pihak Jabatan Kesihatan Keningau menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

“Kanak-kanak yang mendapat suntikan itu, Insya-Allah selamat dan kanak-kanak yang tidak  menerima  suntikan imunisasi lengkap boleh menjadi penyebar penyakit.” menurut jabatan itu.

Jabatan berkenaan juga menjelaskan bahawa  pihaknya telah mengedar risalah penerangan mengenai penyakit itu di Perumahan JKR Keningau dan sekitarnya kira-kira dua minggu lalu. -BERNAMA

Kategori