Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PAS Harap RCI Beri...

KOTA BHARU - PAS berharap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) oleh kerajaan, sekiranya...

Pos Malaysia Keluar Koleksi...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan koleksi setem terbaharu...

KP Finas Puji Kemampuan...

TOKYO - Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Fauzi Ayob memuji...

‘Thirsty Runner 2016’ Jadikan...

SERDANG - 'Thirsty Runner 2016' yang berlangsung hari ini memberi impak positif kepada...

Agensi Pelancongan Berdepan Tindakan Tegas

BEIJING – Agensi pelancongan yang menjejaskan imej negara dengan tindakan yang menyusahkan pelancong asing berkunjung ke Johor, bakal berdepan tindakan tegas, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong.

Beliau berkata agensi berkenaan boleh disenarai hitam atau digantung lesen sekiranya didapati membuat kesalahan serius yang mencemarkan industri pelancongan negara.

“Kita telah bekerja keras untuk naikkan imej negara dalam industri pelancongan, jadi seharusnya semua pihak dalam industri ini termasuk agensi pelancongan bekerjasama dalam memberi sambutan baik dan layanan mesra kepada pelancong-pelancong ini,” katanya di sini.

Beliau berada di China untuk mengetuai misi perdagangan ke Wilayah Autonomi Xinjiang dan Wilayah Autonomi Gansu dari 17 Ogos hingga hari ini.

Tee berkata pihaknya menerima aduan terutamanya daripada pelancong China berhubung tindakan itu oleh segelintir kecil agensi pelancongan dan meminta Kementerian dan Kebudayaan Malaysia Johor untuk mengumpulkan maklumat mengenai agensi pelancongan berkenaan

“Kita dapati ada segelintir agensi pelancongan yang menyusahkan pelancong dengan menurunkan mereka jauh daripada tempat pemeriksaan pasport (yang kira-kira dua kilometer).

“Selain itu, mereka juga memaksa pelancong membeli payung sebelum menurunkan mereka. Tindakan seumpama ini boleh merosakkan imej industri pelancongan negara,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai kesesakan di Link Kedua terutamanya dengan kedatangan ramai pelancong China ketika ini.

Mengenai kebanjiran pelancong China di Johor, beliau berkata pertengahan Julai hingga akhir Ogos merupakan cuti musim sejuk di China menyebabkan ramai pelancong Cina berkunjung ke Malaysia termasuk Johor.

“Bagi mengelak kesesakan, agensi pelancongan boleh menghantar senarai pelancong sehari atau dua hari awal supaya membolehkan Jabatan Imigresen meletakkan kakitangan tambahan untuk melancarkan pemeriksaan di kaunter,” katanya. – BERNAMA

Kategori