Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ubah Pelan Stesen MRT,...

PUSAT beli-belah yang terawal dibina di ibu kota, Ampang Park mungkin tidak akan...

DAP Seru Pertubuhan Cina...

KUALA LUMPUR - DAP menyeru pertubuhan-pertubuhan Cina memberi tekanan kepada pemimpin kerajaan berketurunan...

Baru Kerja Sebulan, Rompak...

SEORANG lelaki baru bekerja sebulan berjawatan pengurus syarikat umpama musuh dalam selimut apabila...

Wanita Dikhuatiri Lemas, Selepas...

KUANTAN: Seorang lelaki maut, manakala penumpang wanita dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus selepas...

AirAsia Tawar Tambang Serendah RM50 Ke 10 Negara

KUALA LUMPUR – AirAsia meraikan sambutan ulang tahun ASEAN ke-50 dengan tambang rendah serendah RM50 ke semua destinasi di rantau ini.

Ia termasuk Kuala Lumpur ke Langkawi, Johor Bahru, Pulau Pinang, Medan, Kalibo, Sihanoukville, Phnom Penh dan banyak lagi destinasi.

Tempahan boleh dibuat di airasia.com atau menggunakan aplikasi mudah alih AirAsia dari 7 hingga 13 Ogos 2017 menikmati tawaran itu.

Ia bagi penerbangan dari 7 Ogos hingga 8 Februari 2018 ke mana-mana destinasi di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Kemboja, Myanmar, Laos atau Vietnam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus ke semua 10 buah negara ASEAN.


“AirAsia juga menawarkan AirAsia Asean Pass yang membolehkan para tetamu melancong ke semua negara ASEAN pada kadar tetap dengan tempoh penerbangan hingga 60 hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori