Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ucapan Romantis David Beckham...

TIDAK dinafikan pasangan ini merupakan antara pasangan suami isteri paling dikagumi di dunia.Mana tidaknya, di...

Hina PM: Adik Lokman...

KEJAM... Azman Noor Adam, adik kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman...

Agensi Kerajaan Disasar Wujud...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyasarkan agar semua agensi...

Shaheizy Sam Azam Beli...

PETALING JAYA - Pelakon Shaheizy Sam berazam menyempurnakan permintaan ibunya, Khaty Fauziah Musa...

Akmal Ingatkan Skuad Kim Swee Jangan Terlampau Yakin

KUALA LUMPUR – Bekas penyerang bola sepak kebangsaan Akmal Rizal Ahmad Rakhli berharap skuad bawah 22 tahun (B-22) negara kendalian Datuk Ong Kim Swee dapat menebus kekecewaan final Sukan SEA Kuala Lumpur 2001.

Beliau berkata, kekalahan 0-1 kepada Thailand 16 tahun lalu itu adalah antara yang perit dalam kariernya tapi dia percaya pemain muda negara boleh melakukan lebih baik apabila bertemu juara bertahan itu sekali lagi di pentas akhir di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

“Aksi final ini kalau diikutkan, kekuatan pemain kedua-dua pasukan sama. Pada aksi separuh akhir bertemu Myanmar, Thailand tidak terlalu kuat tapi Malaysia juga ada beberapa kelemahan yang perlu diatasi terutama di bahagian tengah agak longgar.

“Saya ingatkan kepada pemain supaya bersabar, jangan terlalu memikirkan untuk jaringkan gol dan cepat hilang bola.

“Kita boleh berasa yakin tapi bukan terlampau yakin dan jika pemain boleh berikan aksi terbaik, Insya-Allah kita boleh menang emas kali ini,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Malaysia layak ke final Sukan SEA buat kali ke-12 sejak 1959 selepas menewaskan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Shah Alam semalam.

Ini kali keempat skuad negara membuat perhitungan bagi pingat emas dengan Thailand selepas 1975, 1977, 1981 dan 2001 dengan rekod satu kemenangan dan tiga kalah.


Akmal yang menjaringkan satu gol ketika menewaskan Indonesia 2-1 untuk mengesahkan tempat ke final 2001 mengingatkan pemain supaya mengelak daripada melakukan kesilapan.

“Pada aksi final dengan Thailand, kami diberi harapan tinggi sebab kami tak pernah kalah dari pusingan awal. Tapi pada final, kami bermain dengan baik cuma kesilapan minit akhir menghukum kami,” katanya yang pernah beraksi dengan kelab Perancis RC Strasbourg pada 1999-2001.

Pada final 2001, Malaysia dikecewakan oleh jaringan Sarawut Treephan tiga minit sebelum perlawanan tamat di Stadium Shah Alam. – BH Online

Kategori