Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bukan Anak Saya- Bapa

Menerusi hantaran di laman media sosial itu, Izanie QY Runner menjelaskan, video yang memaparkan seorang kanak-kanak sedang memandu simulator kereta lumba yang diviralkan di laman media sosial lain merupakan anaknya dan tiada kaitan dengan kes kemalangan berkenaan."Budak ini ke (merujuk kepada video anaknya bermain simulator kereta lumba). Kalau awak cakap budak ini (bermakna) awak dah fitnah," tulisnya di ruangan kapsyen video berkenaan.

8 PATI & 4...

PORT DICKSON - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan lapan Pendatang Asing...

Tokong Then Sze Berusia...

SEREMBAN – Sebuah tokong berusia 154 tahun dan merupakan antara tokong tertua di...

Isu Jawatan Presiden, Timbalan...

IPOH – UMNO Perak belum membuat sebarang keputusan berhubung isu jawatan Presiden dan...

Akta Kawalan Harga & Antipencatutan Bakal Dipinda

BAGAN DATUK – Cadangan pindaan Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 akan dibentang di Parlimen pada Oktober atau selewat-lewatnya akhir November sebagai langkah menangani manipulasi orang tengah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pindaan itu bertujuan menambah baik dan memperkemas akta berkenaaan sekali gus menangani isu kenaikan kos sara hidup dan harga barang secara bersepadu .

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Tangani Kos Sara Hidup berkata akta sedia ada tidak meliputi undang-undang untuk membuat kawalan harga terhadap orang tengah atau ‘kartel’.

“Kalau ini berlaku (kenaikan harga), jangan kita berbeza pendapat, tidak kira parti apa pun kerana soal makan soal kita bersama,” katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidiladha 1438H kawasan Parlimen Bagan Datuk di sini hari ini.

Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah diarah berbincang bersama penasihat undang-undang bagi mencari mekanisma terbaik meminda akta berkaitan atau memikirkan akta baharu yang sesuai.

Dalam sidang media kemudian, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata perkara itu harus disegerakan kerana tanpa penguatkuasaan perundangan yang tegas, rakyat yang menjadi mangsa akan menyalahkan kerajaan.


“Ini masalah rakyat yang bukan hanya ditangani oleh kedua-dua kementerian, tapi kita lihat ia harus diselesaikan melalui tindakan-tindakan penguatkuasaan.

“Kepada orang tengah saya menyeru jangan ambil kesempatan dalam kesempitan,” katanya. – BERNAMA

Kategori