TIDAK mahu memberikan sebarang kenyataan lagi berhubung kontroversinya dengan aktres gandingan dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu iaitu Afifah Nasir, Aliff Aziz menganggap isu dengan wanita itu sudah selesai.
Kata Aliff, 26, dia tidak mahu lagi mengulas tentang perkara itu kerana merasakan masyarakat sudah pun tahu apa yang sebenarnya berlaku.
“Saya berasakan rakyat Malaysia pun sudah penat dengan isu ini. Saya sudah bercakap bahagian saya, jadi tak ada apa lagi nak diperkatakan.
“Menerusi kenyataan pengarah, semua orang pun boleh menilai. Bagi saya daripada situ sudah terjawab segala persoalan. Saya sendiri pun malas dan penat nak memanjangkan isu ini lagi,” katanya.
Sementara itu, Afifah turut tiba di lokasi ditemani kekasih dan pelakon Hafreez Adam masih tetap tegas dengan kenyataannya sebelum ini.
“Perkara ini iaitu rancangan melayan kerenah Aliff tidak semestinya semua kru produksi tahu. Kami buat semua ini dengan tujuan nak menghabiskan penggambaran.
“Isu ke pusat karaoke pula hanya beberapa kru saja yang tahu,” katanya.
Afifah juga meminta agar isu ini tidak lagi dipanjangkan. – MYNEWSHUB.CC