SETELAH apa yang menimpa penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz baru-baru ini, kini dia mengakui sudah serik untuk bergandingan dengan heroin Izinkan Aku Mencintaimu, Afifah Nasir di masa akan datang.
Aliff berkata gandingan dengan Afifah dalam drama ini mungkin kali pertama dan terakhir buat mereka berikutan tidak mahu pisang berbuah dua kali.
BACA:
Merdeka Sale! Jualan Murah Hijab Bunga Beauty
“Saya lihat ada manusia yang sanggup buat apa saja untuk kepentingan dan menutup khilaf diri.
“Saya percaya buat masa ini, heroin lain pun akan berhati-hati jika dapat tahu akan bergandingan dengan saya. Begitu juga dengan saya.
“Namun, secara khusus buat pelakon itu (Afifah Nasir), gandingan kami ini mungkin yang pertama dan terakhir. Noktah,” katanya memetik mStar Online.
Tambahnya lagi, dia berbuat keputusan sedemikian adalah bagi mengelakkan kontroversi terdahulu berulang lagi di masa akan datang.
“Saya berbuat begitu kerana mahu mengelak kesan dan perkara lama terbuka semula. Lebih baik saya jauhi,” ujar Aliff memetik Berita Harian.
Walau bagaimanapun, Aliff berkata dia hanya serik berlakon dengan Afifah tetapi bukan bermaksud serik untuk bekerjasama dengan produksi yang telah diheret sama dalam permasalahan ini.
Hal ini kerana, baginya produksi bersikap professional dalam kerja. Walau bagaimapun, dia tetap kena lebih berhati-hati dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Saya pula tidak serik untuk bekerja dengan produksi ini. Namun, dengan apa yang terjadi dan andai ada peluang kerjasama di bawah produksi sama, saya kena lebih berhati-hati.
“Saya juga berharap produksi ini tak serik untuk menawarkan saya peluang berlakon lagi,” tambah penyanyi kelahiran Singapura itu. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura