Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Budak 9 Tahun Lemas...

BALING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas ketika berkelah bersama keluarganya...

Bauksit: Kehidupan Peneroka Felda...

KUANTAN - Kehidupan sebahagian keluarga peneroka Felda di Bukit Goh di sini sengsara...

Bilangan Mangsa Banjir Meningkat...

PUTRAJAYA - Bilangan mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 1,676 orang daripada...

Norhizam ā€˜Bergaduhā€™ Dengan Pengayuh...

MELAKA - Satu rakaman video ā€˜pergaduhanā€™ membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu,...

Aliff Aziz Seru Agar Afifah Nasir Muncul Diri

APA nak jadi dengan dunia sekarang ni kan? Hmm… apa boleh buat, dah nama pun sedang berada dalam fasa dunia akhir zaman.

Jadi nak tak nak pasti akan ada cerita panas yang hangat serta merecik akan menyapa di halwa telinga kita dari masa ke semasa.

Terdahulu penyanyi Sayang-Sayang, Aliff Aziz hangat dengan isu kontroversi yang melanda rumah tangganya.

Berikutan itu satu sidang mediaĀ telah diadakan bagi menerangkan keadaan sebenar.

Dalam press conference tersebut, Aliff menegaskan bahawa dia tidak memukul mahupun membelasah isterinya, Bella Astillah tetapi hanya berlaku sedikit pergelutan sahaja.

Selain itu, dia juga mengakui bahawa tujuan ke pusat hiburan di Cheras bersama Afifah Nasir baru-baru ini bukan atas dasar kerja.

Kini, Aliff merayu kepada aktres tersebut supaya bersikap professional meneruskan drama lakonan mereka yang tertangguh akibat dia ditahan pihak berkuasa, Jumaat lalu.


Aliff, 26, memberitahu bahawa penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu hanya berbaki dalam lima hari sahaja tetapi terpaksa ‘diberhentikan’ seketika berikutan ketiadaan Afifah.

“Saya minta maaf kepada pihak produksi yang terjejas dengan isu ini. Selepas saya keluar dari lokap keesokan harinya (Sabtu) saya terus ke lokasi penggambaran kerana tak mahu menyusahkan mereka,” ujarnya memetik sebuah portal berita.

Pihak produksi memaklumkan kepada Aliff bahawa Afifah menghadapi masalah kesihatan dan akan datang ke lokasi pada keesokan harinya. Namun, aktress tersebut gagal memunculkan dirinya.

Bagaimanpun, Aliff begitu berharap agar Afifah bersikap lebih profesional dengan menghabiskan penggambaran kerana sekiranya keadaan itu dibiarkan ‘tergantung’, ia akan merugikan pihak produksi.

Haaa…be profesional ya dik. Jangan dicampur isu kontroversi peribadi dengan soal kerja. Bukan apa, kesannya bukan pada satu pihak sahaja tapi semua orang yang terlibat sama dalam produksi tersebut!ā€“Ā MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori