Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

15 Pemancing Hilang Selepas...

LANGKAWI - Lima belas pemancing dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam...

Cuma 39 Kerusi Parlimen...

KUALA LUMPUR - Benar Pakatan Rakyat berjaya memenangi 89 kerusi Parlimen dalam pilihan...

Syarat Lulus BM Mampu...

MELAKA - Kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran...

Rosmah Buat Kunjungan Hormat...

JAKARTA - Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor membuat kunjungan hormat ke...

Amy Kwan Menang Pingat Emas Ke-100 Malaysia

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini memenangi pingat emas ke-100 pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila Amy Kwan Dict Weng menyumbangkan kilauan emas dalam acara aparatus reben individu gimnastik berirama (Gimrama).

Gimnas negara itu memperoleh 15.750 mata untuk mengatasi rakan senegara Koi Sie Yan yang mendapat 14.700 mata untuk pingat emas pada pertandingan yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Pingat gangsa menjadi milik gimnas Thailand Panjarat Prawatyotin dengan 13.700 mata.

Malaysia menyasarkan 111 pingat emas untuk muncul juara keseluruhan Sukan SEA Ke-29. – BERNAMA

Kategori