Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jangan Mudah Berpuas Hati...

KOTA KINABALU - Pasukan keselamatan khususnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom)...

Mahu Tampil Versatil, Idam...

PELAKON muda, Miera Leyana kini lebih selektif dalam memilih watak dan tidak mahu...

Zulin Aziz Akui Tak...

DALAM usia yang menjangkau 28 tahun, pelakon dan juga penyampai radio, Zulin Aziz...

Kru Kabin Terlebih Berat...

KRU kabin Pakistan International Airlines berdepan hukuman denda jika berat badan mereka melebihi...

Anak-Beranak Malang Termakan ‘Sayur Ular’

SEORANG wanita dan anak perempuannya telah dikejarkan ke hospital selepas mereka berdua telah termakan seekor anak ular yang terdapat dalam sayur kubis yang mereka makan.

Doktor Dharmendra Jhanwar, iaitu doktor yang bertanggungjawab ke atas kes ini mengesahkan dua beranak itu keracunan makanan kerana terkena bisa anak ular tersebut.

Media Indianexpress juga telah mendedahkan mengenai kejadian itu menerusi video yang diambil.

Mangsa yang dikenali sebagai Afsana Imam, 35, memberitahu pihak media bahawa kejadian berlaku ketika dia sedang memasak untuk makan malam mereka berdua.

Pada mulanya dia memang tak perasan tentang kehadiran anak ular itu yang bersembunyi dalam sayur kubis dan dia terus memasak sayur tersebut.

Malangnya, akibat tindak balas racun ular yang dah bercampur dengan darah mereka, kedua-dua anak beranak itu mula tidak stabil setelah beberapa jam menikmati hidangan ‘eksotik’ tersebut.


Selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, kedua beranak itu masih lagi di bawah pantauan pihak hospital untuk beberapa hari lagi.

Sebab itu lah kita dinasihatkan untuk membasuh segala sayur-sayuran yang dibeli di pasar atau supermarket sebelum mula memasak. Serangga atau haiwan yang tak diundang kadang-kala memang selalu ‘tersalah jalan’ masuk ke dalam sayur-sayuran yang tumbuh di tanah. –MYNEWSHUB.CC /Ainaa Hafizah

Kategori