Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

5,139 Kes Covid-19 Dicatatkan...

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 kekal melepasi angka 5,000 hari ini dengan 5,139 kes...

Jangan Spekulasikan Isu Felda...

KLUANG - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta supaya isu...

Mirazur Restoran Terbaik Dunia

PARIS – Mirazur yang berpangkalan di Perancis dinobatkan sebagai restoran terbaik dunia. Restoran di...

Tiada Keperluan Untuk Jalani...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan untuk...

Anak Beranak Maut Dalam Kemalangan

JOHOR BAHRU – Dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka dilanggar sebuah lori treler di KM63.3 Lebuhraya Desaru-Senai dekat Kota Tinggi, hari ini.

Kedua-dua mereka dikenali sebagai Amiruddin Mohamed, 25, dan ibunya, Awa Ismail, 68, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan parah.

Bapa Amiruddin, Mohamed Lajis, 69, yang turut menaiki kenderaan itu hanya cedera ringan manakala pemandu lori berusia 48 tahun terselamat.

Kejadian berlaku pada 6.45 pagi apabila lori treler berkenaan dalam perjalanan dari arah Cahaya Bahru ke Desaru dan ingin memotong laluan.

Bagaimanapun percubaan ia gagal lalu bertembung dengan kenderaan Amiruddin.


Kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA

Kategori