Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

65 Penumpang Cedera LRT...

KUALA LUMPUR - Seramai 65 penumpang termasuk enam warga asing yang cedera dalam...

Mangsa Banjir Di Selangor,...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Selangor dan Melaka semakin baik dengan jumlah...

Perit ‘Anu’ Tersangkut Dalam...

SAKITNYA baca tajuk, sakit lagi 'azab' seorang warga emas ini yang terpaksa menahan...

Lelaki Dipercayai Along Maut...

Seorang lelaki yang dipercayai sebagai along maut selepas ditetak di hadapan sebuah kopitiam...

Anak Lelaki Osama Impi Jadi ‘Wira’ Macam Bapanya

ANAK lelaki bekas pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda, Hamza Laden baru-baru ini menyiarkan sebuah video yang mana dia berkongsi impian dan cita-citanya mahu menjadi sehebat Allahyaraham bapanya.

Hamza sebelum ini menerbitkan dua video yang mengandungi pesanan suara memperlihatkan dia memuji pengebom berani mati dan terbaharu dia menuduh pengasas Al-Qaeda, Abdul-Aziz Rahman Al Saud merupakan agen perisikan British.

Hamza, 28, sebelum ini juga pernah menyiarkan video menyampaikan propaganda al-Qaeda yang ingin melakukan serangan terhadap kota-kota besar dunia seperti London, Washington dan Paris.

Awal tahun ini nama Hamza telah disenarai hitam oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dan namanya dilabel di bawah kategori pengganas.

Wajah Hamza ketika kecil.  Manakala gambar di atas merupakan foto lakaran wajah terkini Hamza yang kini berusia 28 tahun. Kredit foto: REX/Shutterstock

Seorang agen Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Ali Soufan sebelum ini pernah mendedahkan Hamza menggunakan cara kepimpinan seperti bapanya yang merupakan idola buat anak muda tersebut.


Hamza turut dikatakan antara muka-muka baharu yang bakal mengepalai kepimpinan al-Qaeda di masa hadapan memandangkan dia sudah mengetahui selok-belok aktiviti kumpulan pengganas itu sejak dari kecil lagi seperti mana yang didedahkan oleh bapanya sebelum ini.

Osama meninggal dunia pada 2 Mei 2011 di Abbottabad, Pakistan selepas ditembak oleh tentera Amerika di bahagian kepala dan dada dalam satu operasi serbuan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori