Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peniaga Kerugian Ditipu Kenalan...

KUANTAN - Seorang peniaga kerugian RM28,600 selepas diperdayakan kenalan laman sosial Facebook yang...

Sasaran 8 Emas Pada...

PUTRAJAYA - Sasaran lapan pingat emas oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Sukan...

Penyanyi Veteran Saman Taylor...

PENYANYI yang meraih pendapatan tertinggi di Amerika Syarikat, Taylor Swift dilaporkan telah disaman...

Padah Percaya Rakan, 5...

DISPUR - Lima lelaki hidung belang dicekup polis selepas merogol seorang wanita dalam...

Anak Muda Harus Ada Semangat Pendeta Za’ba

NILAI – Semangat Pendeta Za’ba harus ditiupkan khususnya dalam kalangan anak muda di Negeri Sembilan sebagai usaha melahirkan lebih ramai para ilmuan dan golongan cerdik pandai kelahiran negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia juga selari dengan hasrat kerajaan Negeri Sembilan untuk menjadikan negeri ini sebagai lembah ilmu termasuk meneruskan kecemerlangannya dalam bidang pendidikan.

“Negeri ini walaupun saiznya tidak besar tetapi boleh dijadikan sebagai tempat menjana dan melahirkan ramai cerdik pandai dan para ilmuan dengan kewujudan pelbagai institusi pendidikan termasuk institusi melatih dan melahirkan pemimpin di peringkat perguruan dan pendidikan tinggi.

“Hasrat saya supaya lahirlah seramai mungkin pendeta Za’ba zaman moden yang dapat memberi sumbangan dalam bidang keilmuan kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Mohamad berkata ilmu sangat penting untuk membolehkan rakyat terus menerokai dunia dan bersaing dalam arus dunia tanpa sempadan iaitu zaman globalisasi agar tidak tercicir.


“Golongan pemimpin mesti pelajari ilmu-ilmu semasa untuk kita curahkan ilmu ini kepada anak-anak didik, jadi di sinilah ILD memainkan peranannya dalam membangunkan sumber manusia yang lebih cemerlang dan menyediakan pegawai-pegawai muda yang bersedia memegang kepercayaan yang bakal dipikul mereka.

“Kalau tidak ada institusi sebegini maka akan pincanglah dan kita akan berada dalam keadaan tercicir. Apatah lagi nanti kalau kita sebut tentang Greater ASEAN Country dalam bidang pendidikan dengan jumlah populasi lebih 600 juta orang, kita bukan lagi bersaIng sesama sendiri tetapi bersaing dengan anak-anak Singapura, Thailand, Filipina dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA

Kategori